Bibik ‘kantoi’ campur air kencing dalam makanan majikan

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang pembantu rumah di Ghaziabad, Uttar Pradesh, telah ditahan kerana mencampurkan

air kencing ke dalam doh roti yang diberi kepada majikannya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Menurut polis tempatan, suspek yang dikenali sebagai Reena, 32, telah bekerja selama lapan tahun dengan sebuah keluarga usahawan.

Kejadian ini terbongkar apabila isteri kepada ahli perniagaan hartanah, Nitin Gautam,

memasang kamera pengintip di dapur setelah beberapa ahli keluarganya mengalami masalah kesihatan berkaitan hati.

Dia mengesyaki pembantu rumahnya menjadi punca kepada masalah tersebut.

Bibik ‘kantoi’ campur air kencing dalam makanan majikan
Kamera yang dipasang berjaya merakam suspek mencampurkan air kencingnya ke dalam tepung yang digunakan untuk membuat roti.

Rakaman itu digunakan untuk membuat laporan polis, menyebabkan suspek ditahan

.
Menurut Asisten Komisioner Polis Wave City, Lipi Nagaich, suspek bertindak demikian kerana dendam akibat sering dimarahi oleh majikannya hanya disebabkan kesalahan kecil.

Baca Lagi:Rasuah dalam pemilihan parti, kepincangan dalam Bersatu makin membarah