Ramai yang buat kerja sepenuh hati dalam melaksanakan tugasan sehingga dianggap sebagai pekerja terbaik dan sukar diganti.
Namun, malangnya, golongan ini sering kali sukar untuk dinaikkan pangkat dan terus melakukan tugasan yang sama hingga bersara.
Mereka yang mengalaminya pasti tertanya-tanya mengapa mereka tidak dinaikkan pangkat walaupun menunjukkan prestasi yang baik.
Menerusi hantaran Jurulatih Kerjaya, Farid Affy, di laman X,
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda sukar untuk dinaikkan pangkat:
Jika anda berhasrat untuk mengembangkan kerjaya, fokuslah pada pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan anda.
Jangan menjadi pekerja yang sukar diganti; sebaliknya, tunjukkan kemahiran kepimpinan.
Sumbangkan kemahiran yang melebihi tanggungjawab semasa anda.
Jangan takut untuk keluar dari zon selesa; carilah peluang baru yang lebih baik.
BACA: Yang OKU gigih merangkak ambil wuduk demi solat awal waktu, yang sempurna tubuh badan buat apa?