‘Kalau tak pandai main memang goyang’ ini 5 fasa dalam perkahwinan yang ramai kena lalui

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Siapa yang tidak menginginkan perkahwinan yang bahagia, bukan?

Namun, tidak semua orang bernasib baik untuk mendapat ‘rezeki’ seperti itu, dan ada yang terpaksa melalui perkahwinan yang suram hingga berakhir dengan penceraian.

Benarlah kata orang, kita hanya akan benar-benar mengenali perangai sebenar pasangan setelah berkahwin.

Bagi anda yang baru mendirikan rumah tangga, berikut adalah lima fasa “struggle in marriage”

yang perlu anda hadapi untuk menguji sejauh mana hubungan antara suami dan isteri boleh bertahan.

'Kalau tak pandai main memang goyang' ini 5 fasa dalam perkahwinan yang ramai kena lalui

5 Fasa “Power Struggle” dalam Perkahwinan

Rasa nak kongsi apabila terlihat keratan akhbar ni. (Ya, kami masih beli surat khabar untuk pelbagai tujuan di rumah. Contoh: alas duduk di dapur masa potong siput sedut).

Sedikit perkongsian dari sesi yang saya dengar di YouTube oleh Aiman Azlan bersama Dr. Harlina. Mereka mengupas mengenai “power struggle in marriage.” Secara ringkas, ada lima fasa dalam perkahwinan.

1. Fasa Honeymoon/Fanatik

– Fasa ini adalah di mana semuanya kelihatan indah tentang pasangan. Kentut pun dianggap wangi. Kita seolah-olah menjadi peminat tegar pasangan kita. Semua perkara yang mereka lakukan kita suka. Namun, fasa ini hanya bertahan selama 6 bulan hingga setahun.

2. Fasa Power Struggle

– Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yang paling mencabar, iaitu fasa “power struggle.” Di fasa ini, kita mula melihat keburukan pasangan sedikit demi sedikit. Pada tahap ini, akan timbul persoalan dalam diri, “betul ke pilihan yang aku buat ni?”

– Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang tinggi. Pasangan yang tidak mampu melalui ujian di fasa ini mungkin akan berpisah.

3. Fasa Stabiliti

– Dalam fasa ini, hubungan pasangan menjadi lebih stabil kerana kedua-duanya sudah benar-benar mengenali antara satu sama lain. Pada masa ini, anda sudah menerima baik buruk pasangan dengan hati yang terbuka.

4. Fasa Komitmen

– Pada fasa ini, pasangan bersama atas dasar komitmen, seperti membesarkan anak-anak dan memenuhi tanggungjawab keluarga. Ada pasangan yang bercerai selepas berpuluh tahun berkahwin kerana mereka sudah melepasi fasa komitmen ini.

5. Fasa Bliss (Kebahagiaan)

– Ini adalah fasa terakhir, di mana pasangan mencapai kebahagiaan sebenar. Mereka memilih untuk hidup bersama bukan kerana komitmen atau sebab tertentu, tetapi semata-mata kerana mereka ingin bersama.

Nasihat untuk Diri dan Kawan-Kawan:

Bagi yang baru berkahwin, anda masih berada di fasa pertama. Nikmati saat-saat ini, tetapi ingatlah bahawa perkahwinan tidak selalu manis.

Saya sama sekali tidak menghakimi. Urusan takdir, jodoh, ajal, dan maut adalah ketentuan Allah.

Saya tidak mengadili mereka yang berpisah kerana tidak mampu mengatasi “power struggle” dalam perkahwinan.

Faktor perpisahan sangat banyak dan kompleks. Hanya Allah yang mengetahui rahsianya. Kita sebagai manusia banyak kelemahan dan ketidaktahuan.

Jodoh adalah rahsia Allah. Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang mencari jodoh dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik.

Lebih baik berkahwin lambat dan berhati-hati daripada terburu-buru dan memilih pasangan yang salah. Moga dijauhkan daripada kesilapan tersebut. Nauzubillah.

BACA: Wanita mengamuk pecah cermin kereta ada plot twist, rupanya kes sambung bayar