Seorang wanita di wilayah Dong Thap, Vietnam telah ditahan selepas berpura-pura diculik oleh kumpulan samseng untuk mendapatkan wang tebusan daripada bapanya.
Ngo Thi Bich Tram, 33, ditahan pada Jumaat lalu bersama dua rakan komplotnya, Tran Minh Trung, 27, dan Nguyen Van Nha, 32.
Mereka meminta wang tebusan sebanyak 5 bilion dong (RM850,000) daripada bapa Ngo.
Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati suspek telah beberapa kali meminjam wang daripada Tran dan Nguyen.
“Dalam usaha untuk melangsaikan hutang dan mendapatkan wang tambahan, suspek berpura-pura diculik sebelum menghubungi bapanya untuk meminta bantuan.
“Disebabkan bimbang akan keselamatan anak perempuannya, lelaki itu melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” kata pihak berkuasa.
Ngo turut mengakui bahawa sebelum ini dia pernah menipu bapanya dengan meminta wang sekitar 500 juta dong (RM85,000) dalam situasi serupa.
BACA: Agong kurnia gelaran Profesor Diraja , ini latarbelakang Dr Syed Naquib Al-Attas