Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, mengalami insiden yang tidak dijangka
apabila secara tidak sengaja berkongsi nombor akaun peribadinya di media sosial baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di Instastory, Jojo menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku selepas dia secara tidak sengaja
memaparkan nombor akaun CIMB miliknya dalam satu mesej kepada seorang ‘mummy’ yang menawarkan wang RM200,000 kepadanya.
Secara berseloroh, Jojo memberikan maklumat nombor akaun bank peribadinya, yang kemudian dilihat oleh ramai pengikutnya di Instagram.
Akibat perkongsian nombor akaun tersebut, orang ramai, termasuk peminatnya, mula memindahkan sejumlah wang kepada Jojo.
Apa yang menghiburkan, ada yang memindahkan wang serendah 1 sen, manakala jumlah tertinggi yang diterima adalah RM345.67 daripada seorang lelaki.
Bimbang perkara itu berlarutan, Jojo akhirnya meminta orang ramai untuk berhenti memindahkan wang kepada dirinya.
“Aku nak duit ‘sugar mummy’ je. Aku tak mahu duit anda.
“Terima kasih, anda ni pelik-pelik la. Ya Allah sudahlah, pergi bagi duit tu dekat orang lain,” tulis Jojo.
BACA: Majikan dari negeri ini bakal berdepan kesukaran bayar gaji RM1700