Rupanya tanah RM1 billion di KL pernah dihadiahkan kepada British sebelum dipulangkan semula

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seperti yang kita ketahui, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957

apabila kita akhirnya berjaya membentuk pemerintahan sendiri.

Kita juga tidak boleh melupakan penjajahan British yang telah memberikan banyak kesan kepada negara kita hingga ke hari ini.

Sebelum adanya sistem pentadbiran seperti sekarang, setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai seorang wakil British yang dikenali sebagai Residen dan Gabenor.

Menjelang tahun 1896, suasana mulai berubah apabila Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mahukan kediaman rasmi yang lebih besar.

Rupanya tanah RM1 billion di KL pernah dihadiahkan kepada British sebelum dipulangkan semula

Oleh itu, sebuah kawasan tinggi di Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kediaman tersebut. Maka terbinalah sebuah rumah agam yang indah di atas bukit, menjadi kediaman rasmi Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama.

Dikatakan bahawa Swettenham sendiri menamakan kawasan itu sebagai Carcosa, yang dipercayai berasal dari bahasa Itali yang bermaksud ‘tempat yang sangat disayangi’. Pada tahun 1913, sebuah lagi bangunan yang dikenali sebagai King’s House (sekarang Seri Negara) dibina di sebelah rumah agam Carcosa. Seri Negara menjadi kediaman untuk tetamu kenamaan suatu ketika dahulu dan di situlah Perlembagaan Persekutuan digubal antara tahun 1955 hingga 1957.

Namun, pada waktu itu, Tanah Melayu berdepan dengan ancaman komunis, dan British menjadi salah satu negara yang banyak membantu Tanah Melayu dalam mengekang gerakan komunis. Ini membuatkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, berasa terhutang budi kepada pihak British.

“Sebagai penghormatan kepada persahabatan dan bantuan yang diberikan untuk menumpaskan pemberontakan pengganas komunis, Tunku (Abdul Rahman) menghadiahkan Carcosa kepada Britain untuk digunakan sebagai kediaman Pesuruhjaya Tingginya,” dipetik dari New Straits Times.

Tindakan Tunku ini kemudiannya dibantah apabila…

Wujud Desakan Supaya Bukit Carcosa Dikembalikan Semula kepada Malaysia

Menjelang tahun 1980-an, suara untuk membebaskan negara ini dari pengaruh bekas penjajah mulai kuat, terutama selepas jatuhnya Guthrie ke tangan Malaysia pada tahun 1981. Pada Perhimpunan Agung UMNO setahun selepas itu, Wakil Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rahmah Osman, mendesak Dr Mahathir (Perdana Menteri pada masa itu) supaya mengembalikan Bukit Carcosa kepada Malaysia.

Mendengar desakan tersebut, Tunku dilaporkan berasa sangat tersinggung kerana beliaulah yang bertanggungjawab memberikan tanah tinggi seluas 7.2 ekar itu kepada Britain sebagai tanda menghargai jasa dan persahabatan. Dalam tulisan di The Star pada 26 Mac 1984, beliau menyatakan:

“Suatu ketika saya dituduh menjual negara ini kepada orang Cina, dan sekarang Carcosa pula kepada Inggeris. Apa ada kenangan terhadap diri saya setelah saya mati? Mungkin hanya celaan,” kata Tunku Abdul Rahman, dipetik dari The Star.

Tunku menambah bahawa desakan UMNO itu meletakkan dirinya dalam keadaan malu kerana beliau tidak dapat memberikan ganti jika Carcosa diambil kembali. Britain kemudiannya menyatakan bahawa penyerahan semula bukit itu sepatutnya tidak berlaku selagi Tunku yang menghadiahkannya masih hidup.

Namun tidak lama selepas itu, Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim mula mendesak supaya Bukit Carcosa dikembalikan kepada negara.

Anwar berikrar akan terus memperjuangkan perkara itu sehingga berjaya. Akibat desakan yang banyak, pada April 1984 telah diadakan rundingan antara kerajaan Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Britain tentang hak milik Bukit Carcosa.

BACA: Anak pura-pura diculik minta RM850,000 wang tebusan daripada bapa rupanya nak bayar hutang