Lima persatuan peniaga yang sebelum ini menguruskan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Mereka telah menyerahkan urusan pengoperasian di 65 lokasi bazar kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Persatuan tersebut terdiri daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Bumiputra Wilayah, Persatuan Pekedai dan Peruncit Wilayah,
Persatuan Penjaja Kecil Melayu Wilayah, Persatuan Pasar Malam Kuala Lumpur, dan Persatuan Prihatin Kuala Lumpur.
Wakilnya, Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam KL (PMKL), Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, berkata
tindakan ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, yang mahu semua bazar diuruskan oleh DBKL tanpa diserahkan kepada pihak ketiga.
Menurutnya, sejak tahun 2013, pihak mereka telah diberi mandat untuk menguruskan semua lokasi bazar Ramadan yang sebelum ini diuruskan oleh persatuan kecil yang bukan berstatus persatuan peniaga atau peniaga kecil.
@suaramadani_official Ternyata usaha Menteri Wilayah ada asasnya bagi banteras kartel-kartel tapak Bazar yang berleluasa. @drzalihamustafa @Saiful Ramli @Wan Mohd Syahezral @TokRom #KartelTapakBazar #Kepanasan #Mengelupur #suaramadani #fypage #fypシ゚ #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – Suara Madani
“Namun, tahun ini, pihak DBKL meminta agar keseluruhan bazar Ramadan diuruskan semula oleh mereka. Keputusan ini diambil tanpa sebarang perbincangan bersama dan dianggap tidak adil kepada pihak persatuan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau menambah, pihaknya tidak ingin terlibat dalam urusan tersebut selepas ini bukan sebagai tanda protes, tetapi untuk memberi peluang kepada pihak berkenaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Gulam Muszaffar juga menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menghadapi isu penjualan petak yang mencecah ribuan ringgit, dan persepsi tersebut perlu diperbetulkan kepada umum.
Katanya, masalah tersebut tidak berlaku di bawah 65 lokasi bazar yang mereka kendalikan sebelum ini, sebaliknya mendakwa ia hanya berlaku di tapak bazar Ramadan Jalan TAR.
“Kami sebagai persatuan mengikuti SOP (prosedur operasi standard). Jangan jadikan isu Jalan TAR melibatkan semua 65 lokasi lain, dan jangan hukum kami berdasarkan isu yang berlaku di Bazar Deepavali di Brickfields, itu tidak adil,” katanya, mengakui mereka tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosli Sulaiman, menyatakan rasa kesalnya terhadap keputusan tersebut yang seolah-olah menunjukkan pihak mereka seperti ‘kartel’ tapak bazar.
Katanya, selepas penyerahan 65 kawasan tapak bazar tersebut, mereka mahu DBKL mengekalkan semua lokasi itu dan bilangan lot niaga seperti tahun ini, dengan pemilihan penjaja musim perayaan yang telus.
Menurutnya, mereka tidak mahu peniaga yang layak terlepas peluang untuk memohon kerana tidak ramai yang tahu menggunakan Internet.
“Surat tawaran perlu dikeluarkan sebulan lebih awal kepada peniaga dan membenarkan kemasukan awal ke tapak, iaitu seminggu lebih awal, dan lesen perlu dikeluarkan segera setelah bayaran penuh dibuat.
“Selain itu, pihak berkenaan juga diminta untuk melakukan undian di semua lokasi, serta mengawal dan memantau pembabitan warga asing dan penjaja tanpa lesen dengan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Persatuan, agensi penguatkuasaan, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi pemerhati dalam pematuhan SOP,” katanya.
Tambahnya, persatuan juga akan membangunkan aplikasi untuk menerima aduan daripada penjaja dan orang awam bagi menilai keupayaan DBKL dalam menguruskan bazar musim perayaan.
Terdahulu, Dr Zaliha memuat naik hantaran mengenai isu tular di Bazar Deepavali di Brickfields, di mana terdapat peniaga yang tidak dibenarkan berniaga di situ. Semakan yang dilakukannya mendapati pengurusan bazar tersebut dikendalikan oleh sebuah persatuan, termasuk berkaitan pengurusan peniaga bazar.
Pihak ketiga yang menguruskan perkara itu didakwa tidak mengikut arahan yang ditetapkan oleh DBKL, dan isu seumpama itu bukanlah yang pertama kali berlaku, tetapi juga terjadi semasa bazar Ramadan lalu dan memerlukan tindakan serius.
“Saya telah mengarahkan DBKL untuk memastikan bahawa semua bazar selepas ini tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk diuruskan, sebaliknya DBKL sendiri perlu menguruskan bazar tersebut,” tulisnya di Facebook.
BACA: Johan Ghazali sengaja kongsi mesej ‘mummy’ tawar wang RM200,000, sekali lain pula jadi