Orang melayu dan songok tidak dapat dipisahkan terutamanya pada hari raya aidilfitri. Jualan songkok pada musim raya pasti akan memecah rekod jualan.
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu yang dihasilkan daripada kain kapas, flanel atau baldu
Ia boleh dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu mahupun pakaian sut Barat yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu.
Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand.
Kalau di Malaysia, penggunaan songkok telah dimasukkan dalam kelengkapan askar-askar Rejimen Askar Melayu DiRaja dalam Tentera Darat Malaysia sejak penubuhan ia pada zaman British.
Malah, ia turut dipakai dalam Polis Diraja negara ini pada upacara-upacara tertentu. Dewan peringkat Undangan Negeri dan peringkat Parlimen Malaysia mewajibkan pemakaian songkok sebagai sebahagian daripada peraturan penampilan semasa bersidang, pengabaian peraturan ini boleh dikenakan hukuman sesuai.
Pemakaian ini turut dilazimi oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim jika berkunjung ke luar negara.
Menariknya bukan sahaja Anwar, malah sebahagian besar deligasi yang mengikuti Perdana Menteri termasuk bukan Melayu turut memakai songkok.
Sejarah Melayu sejak dari dahulu telah merakamkan bahawa songkok pernah menjadi pakaian seharian.
Ia menjadi sebahagian daripada pakaian kebangsaan negara di mana ia dipakai oleh kaum lelaki sebagai pelengkap kepada baju kebangsaan iaitu baju Melayu.
Songkok merupakan sebagai sebahagian daripada jati diri bangsa Melayu. Hilangnya budaya bersongkok dianggap sebagai hilangnya satu rupa Melayu pada diri seseorang.
Pemimpin Melayu yang terkenal memakai songkok adalah Sukarno yang menjadikan ia sebagai sebahagian daripada identiti dirinya. Di Indonesia songkok dikenali sebagai peci.
Presiden pertama Indonesia itu dalam banyak kegiatan kenegaraan, baik di dalam negeri mahupun antarabangsa tidak pernah melepaskan songkok hitam di kepalanya.
Mengimbau sejarah lampau tercatit dalam sejarah Penutup Kepala di Indonesia: Studi Kasus Pergeseran Makna Tanda Peci Hitam (1908-1949), dituliskan saat ada rapat organisasi, Sokarno memakai peci sebagai tanda pengenal diri pemimpin ulung tersebut.
Pernah dalam satu himpunan di Surabaya pada Jun 1921, beliau diminta untuk melepas songkok yang dipakainya namun Sukarno menolak dengan prinsip dirinya bukan pengikut tapi sebagai pemimpin.
Semasa pemimpin itu masuk ke majlis, semua mata terarah Sukarno yang memakai songkok tanpa kata-kata.
Di saat itu Sukarno berusaha memecah kesunyian dengan mengatakan, “Janganlah kita melupakan demi tujuan kita bahwa para pemimpin berasal dari rakyat. Setelah itu yang terjadi tetaplah sama semua mata masih memandanginya”.
Ketika itu, Sukarno memiliki pedoman bahawa songkok memberikan sifat khas individu seperti yang dipakai oleh pekerja-pekerja dari bangsa Melayu.
Dengan semangat, Sukarno mengajak semua anggota yang hadir untuk mengangkat kepala tinggi-tinggi dan memakai songkok sebagai lambang Indonesia Merdeka.
“Kita memerlukan sebuah simbol dari kepribadian Indonesia. Peci yang memiliki sifat khas ini, mirip yang dipakai oleh para buruh bangsa Melayu, adalah asli milik rakyat kita.
“Menurutku, marilah kita tegakkan kepala kita dengan memakai peci ini sebagai lambang Indonesia Merdeka,” ungkapan popular Sukarno tentang songkok.
baca:Staf Pak Mat Western akui cair dengan renungan Fattah Amin