Ini respon Menteri Besar Pahang selepas Najib Razak mohon maaf dengan rakyat Malaysia

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail, yakin permohonan maaf bekas perdana menteri Najib Razak mengenai skandal 1MDB adalah ikhlas.

Setelah membaca kenyataan Najib, Menteri Besar Pahang itu berkata beliau dapat “merasakan”

Bahawa kenyataan tersebut dibuat dengan “suci hati dan dari sanubari” yang tulus.

“Kenyataan beliau yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukanlah sekadar meraih simpati,

Tetapi satu tindakan berjiwa besar, sebagai seseorang yang bertanggungjawab atas kesalahan yang beliau percaya tidak dilakukannya,

Ini respon Menteri Besar Pahang selepas Najib Razak mohon maaf dengan rakyat Malaysia

setelah diperdaya oleh mereka yang mengambil kesempatan,” kata Wan Rosdy dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenyataan Najib juga mencerminkan bahawa bekas perdana menteri itu sentiasa memikirkan kepentingan rakyat, namun dieksploitasi oleh pihak tertentu.

“Saya berdoa dan berharap agar Najib dibebaskan, dan keadilan sebenar ditegakkan dengan membawa dalang kes 1MDB ke muka pengadilan,” tambahnya.

Semalam, Najib, melalui kenyataan yang dibacakan anaknya, Nizar, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon maaf berhubung kekeliruan dalam isu 1MDB yang berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri, namun menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Setiap hari, saya amat terluka mengetahui segala penyelewengan dalam 1MDB berlaku di bawah pengawasan saya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Najib turut merujuk artikel yang diterbitkan oleh The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid, berpakat menyelewengkan dana 1MDB.

Najib, yang kini menjalani hukuman penjara enam tahun dan terlibat dalam kes lain berkaitan 1MDB, mendakwa artikel tersebut menunjukkan beliau telah diperdaya.

“Rumusan daripada artikel The Edge menyatakan bahawa Petrosaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdaya saya. Saya tidak sedar Petrosaudi mengalihkan dana 1MDB dan langsung tidak mengetahui saya telah menerima wang daripada dana yang dihantar oleh 1MDB kepada Petrosaudi.

“Walaupun sukar untuk sesetengah pihak memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur percaya ketika itu bahawa dana yang saya terima adalah sumbangan politik dari Arab Saudi,” jelasnya.

Namun, artikel The Edge yang dirujuk oleh Najib tidak menyatakan bahawa beliau sepenuhnya tidak bersalah. Artikel itu menyebut Najib tidak menyedari penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB, tetapi hanya sehingga tahun 2010, berhubung dengan penyelewengan AS$1.5 bilion daripada bon yang diterbitkan pada 2009.

Artikel itu juga tidak menyimpulkan jika Najib kekal tidak tahu tentang apa yang berlaku selepas itu.

BACA: ‘Suami aku tak curang atau gay, habis kerja terus balik, lepak pun tak tapi cara dia buat aku moody’