Ingatkan sama rupanya berbeza, ini maksud warna bungkusan oxygen absorber mengikut fungsinya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Kita pasti pernah menjumpai pek kecil penyerap oksigen dalam setiap bungkusan makanan seperti snek yang kita beli, bukan?

Seorang pengguna Facebook, Chef Saiful Suhaimi, telah berkongsi perbezaan ini

untuk membantu orang ramai memilih penyerap oksigen yang sesuai untuk produk mereka.

Menurut Chef Saiful, adalah sangat penting bagi pengguna atau penjual untuk mengetahui perbezaan warna pek penyerap oksigen ini.

Beliau juga mengingatkan agar pengguna menggunakan penyerap oksigen kategori food grade.

Ingatkan sama rupanya berbeza, ini maksud warna bungkusan oxygen absorber mengikut fungsinya

Berbalik kepada perbezaan warna, Chef Saiful menyatakan bahawa pek penyerap oksigen berwarna hijau adalah jenis Food Desiccant. Ia biasanya sesuai untuk kelembapan yang relatifnya rendah.

Antara produk yang sesuai menggunakan penyerap oksigen ini adalah kerepek, biskut, chips, dan kek.

Sementara itu, pek penyerap oksigen berwarna biru pula adalah jenis Dry Maestro. Dry Maestro sesuai untuk bungkusan makanan seperti ikan bilis, kekacang, pasta, dan beras.

Bagi pek penyerap oksigen berwarna kuning, ia jatuh dalam kategori Oxygen Absorber. Biasanya, pek penyerap oksigen berwarna kuning digunakan dalam bungkusan produk seperti tepung dan rempah ratus untuk mengelakkan tepung dan rempah ratus daripada menjadi lembap.

Chef Saiful menegaskan bahawa pengguna harus mengetahui perbezaan ketiga-tiga pek ini agar dapat mencapai fungsi penggunaan yang optimum.

BACA” Tudung Aprena Manrose terbang ketika main badminton, sekali lain pula netizen perasan