Kemunculan pelakon dan pelawak, Joey Ahmad Daud di pentas Famili Duo musim keempat minggu lalu mengejutkan ramai pihak.
Ramai yang masih belum tahu bahawa Joey atau Zulkifli Daud sebenarnya bukanlah seorang pelawak ketika dia memulakan kariernya.
Pelawak berusia 51 tahun itu merupakan seorang penyanyi sebelum menceburi bidang lakonan dan bergelar pelawak
Namun Joey berkata, platform Famili Duo akan dijadikan pentas untuknya kembali aktif dalam bidang nyanyian.
“Famili Duo seperti kejutkan saya dari tidur.
Saya mula dalam bidang nyanyian dan apa salahnya tutup mata sebagai penyanyi. Usia pun sudah semakin meningkat,” katanya baru-baru ini.
Apa yang lebih menarik, Joey rupa-rupanya pernah menjadi anak didik kepada penyanyi lagenda, M. Nasir.
Dia juga difahamkan artis pertama yang dididik oleh M. Nasir pada 1992.
Lagenda negara itu mula meminati bakat dan suara Joey. Mereka menghasilkan album pertama bersama iaitu Beradu Suratan sehingga jualannya dikatakan mencecah puluhan ribu.
Baca juga: 65 tapak bazar diambil alih DBKL, Netizen sindir ‘kartel’ mula kepanasan?