“Mula-mula bagi alasan simpati, lepastu curang, akhirnya aku minta je cerai mudah”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Kalau rasa niat tu hanya nak membantu maka tak perlu melebih, sedarlah diri tu dah berkahwin bukan bujang lagi.

Bujang pula sudahlah nak merampas hak orang lain seolah dunia ini sudah ketandusan mereka yang tidak berkahwin.

Seorang wanita berkongsi bagaimana niat bekas suaminya membantu rakan sekerja menjadi punca penceraian mereka.

Aku berstatus janda. Tahun lepas bercerai dengan suami disebabkan orang ketiga, rakan sekerja bekas suami.

Muda lagi budaknya, umur lebih kurang 27 tahun. Beza tujuh tahun daripada bekas suami. Suami aku (ketika itu) sepanjang perkahwinan kami memang baik, bertanggungjawab.

“Mula-mula bagi alasan simpati, lepastu curang, akhirnya aku minta je cerai mudah"

Alhamdulillah sentiasa dipenuhi mengikut kemampuan. Duit nafkah dia tak pernah pun bagi tapi kami berdua faham, suami memang tanggung makan, sewa dan bil.

Cuma kereta yang kami kongsi guna (kami cuma ada satu kereta sahaja) aku bayar kerana kereta tu memang aku beli sejak sebelum kahwin.

Pakaian atau barang keperluan aku pun aku beli sendiri saja, suami akan belikan baju raya setahun sekali.

Tapi hal-hal tersebut tak pernah jadi isu, sebab aku pun bekerja dan ada pendapatan sendiri. Barang keperluan anak pula kami bergilir-gilir beli.

Aku tak sampai hati biarkan suami tanggung sendiri sebab waktu anak kecil, pampers, susu dan barang-barang harian anak boleh cecah RM400 sekali belanja.

Nak dijadikan cerita, setelah enam tahun perkahwinan, suami aku curang. Macam yang aku cerita kat atas, kekasihnya ketika itu adalah officemate sendiri.

Macam-macam nama naik untuk disyaki, semua kawan pejabat perempuan dia aku syak, haha sebiji macam drama Korea.

Tapi N (skandal) ni yang paling aku tak sangka sebab suami memang tak simpan nombor dia dan tak pernah ada history chat dengan dia.

Tapi itulah, tuhan tu nak tunjuk. Akhirnya bukti keluar satu persatu dan suami memang tak boleh nak sangkal lagi. Rupanya awal mereka rapat kerana N takut drive malam.

Mereka ni bekerja di jabatan kerajaan dan waktu bekerja shift. Jadi suami pula gentleman offer untuk hantar dan ambil N pergi balik kerja.

Aku tak tau lah macam mana mereka buat biar shift waktu kerja sama. Tapi itulah yang terjadi. Sejak tu memang rapatlah, awalnya niat nak tolong dah jadi lain.

Kereta rosak bawakan ke bengkel, kereta nak tinted, bawakan ke kedai eksesori, baju kotor, bawakkan ke dobi, haih macam-macam lah, alasan suami cuma nak tolong.

Alasan si N pula sebab dia di semenanjung ni tak ada siapa-siapa. Bila benda ni semua dah terbongkar, aku pun tanya suami betul-betul.

Sudah, memang suami dah jatuh cinta. Yang si N ni pulak dua tiga kali janji nak undurkan diri tapi asyik kantoi masih berhubung.

Benda ni berlarutan sampai setahun lebih. Dan sebab tak tahan aku sahaja yang undurkan diri. Senang, sambung je cinta romeo juliet kau tu.

Jadi, apa yang aku tulis ni sekadar nak memberi pengajaran pada diri sendiri dan pada orang lain.

Jangan cuba-cuba tarik perhatian suami atau isteri orang lain dengan cara mencari simpati. Cubalah berdikari sedaya upaya.

Janganlah tunjuk lemah terutama pada suami orang. Curang tu boleh wujud dengan asalnya simpati.

Bila pasangan curang, rumah tangga pecah belah, bukan kesian pada pasangan yang ditinggalkan je, kesian pada anak-anak, pada mak ayah.. haiihhh tak tahulah nak kata.

Baca juga: Patutlah lagi untung jual air guna ais hancur dari ais kiub, ini bezanya