Bila dah jatuh sakit, kita selalunya mahu mendapatkan MC di klinik kerana mahu diberikan kepada majikan sebagai bukti.
Namun, seorang wanita meluahkan ketidak puasan hatinya apabila berdepan situasi dituduh cuba menipu sijil cuti sakit dek kerana hanya lambat ke klinik.
Menerusi ciapan yang dikongsikan di akaun X @adlinakml, dia pada mulanya sangat gembira
untuk pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan konsultasi dan siap berkongsi gambar resit RM1.
Namun selepas selesai sesi konsultasi dengan berkongsi apa yang dirasakan pada hari itu, dia pun mahu meminta MC kerana tidak dapat hadir ke tempat kerja.
Tapi respons yang diberikan oleh doktor tersebut sangat tidak membantu kerana enggan memberi MC kepada pesakit yang datang lewat.
“Kalau nak MC kenapa tak datang awal, kenapa sekarang baru datang,” katanya.
Wanita itu langsung mempertahankan dirin dengan mengatakan badannya baru rasa sedikit bertenaga pada waktu petang untuk datang ke klinik susulan mengikuti nasihat majikan.
Namun doktor tersebut masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan menuduh wanita berkenaan hanya memberi alasan untuk mendapatkan MC dengan mudah.
“Sekarang boleh bangun pulak. Larat pulak? Tu semua alasan je,” ujar doktor itu lagi.
Di dalam luahan tersebut, dia berkongsi lagi doktor terbabit gemar memotong percakapan sekaligus membuatkan wanita itu tidak dapat untuk berkomunikasi dengan efektif.
Bagaimanapun, doktor tersebut hanya memberikan MC selepas mengetahui latar belakang kerjanya iaitu sebagai barista yang tidak mengikut waktu pejabat biasa dan mempunyai fleksbiliti masa untuk bertugas.
Wanita terbabit turut bengang kerana pihak doktor tidak mahu mendengar keluhan atau penjelasan dari pesakit dan suka membuat andaian sendiri.
Dia langsung memerli dengan mengatakan individu terbabit sepatutnya sebagai pekebun kerana tidak perlu berkomunikasi dengna manusia lain.
BACA: Elak bayar saman dari perkara yang tak sepatutnya disaman, jangan guna jenis lampu ini pada kereta