Satu hari saya bersembang sama – sama dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, “Abah nak tahu tak, masa kecil – kecil dulu
Satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering berg4duh dan hampir nak bercerai.
Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini”. Saya hanya tersenyum saje.. Teringat kisah lama.
Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini,
semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti. Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka
, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, m4kin lama masa berlalu, m4kin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami.
Kadang – kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi g4duh. M4kin lama, perbezaan sem4kin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari – hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang – kadang sampai baling barang ke sana ke mari.
Abah tahu, anak – anak semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Perg4duhan kami jadi sem4kin kerap, ia berlarutan bertahun – tahun. Masing – masing tak boleh salah sikit, dua – dua nak melenting, tidur pun kadang – kadang asing.
Kami rasa perkahwinan ini sudah sem4kin must4hil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak – anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar – benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang – sorang dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul – betul dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.
Malam tu abah tidur di sebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. S4kit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukuI 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah.
Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka meIawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu – mahu berubah jadi isteri yang baik.
Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat di tengah – tengah malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini.
Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan mend3rita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak – anak, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu pend3ritaan.
Tetapi sem4kin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba – tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?
Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba – tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah.
Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. “Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah.”
Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik ke rumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sampai di rumah, anak – anak riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.
Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar – benar tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba – tiba terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.
Esok pagi, abah datang dekat emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”. Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, “Cakap apa ni?”
Abah ulang lagi “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?” “Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?” “Saya benar – benar ingin berubah kali ini, saya betul betul ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia.”
Emak engkau menjeling sinis, “Ha, kalau awak betul – betul nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu.” Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan meng4muk lagi seperti biasa, bertengk4r lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk.
Nyut nyut abah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap – siap untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa – apa sarapan pagi yang ada.
Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah civm kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja. Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi – pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia,
“Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?” Mata emak engkau masih pandang kelain, “Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak – anak”. Abah tarik nafas dalam – dalam, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak meng4muk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi ke dapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung saji.
Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah civm kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja. Esoknya, pagi – pagi lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, “Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”
“Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu s4kit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?” “Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak”
Emak engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih di matanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia. Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku.
Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba – tiba emak engkau menangis dan peIuk kaki abah, “Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya”.
Perlahan – lahan abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap, “Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak – anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengk4ran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak.”
Abah tanya lagi “Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?” “Patutnya saya yang tanya soalan itu” “Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?”
Emak engkau renung abah dan dia kata, “Boleh kita spend masa dua – dua bercuti, kita tinggal budak – budak kat rumah atok dia” “Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?” Abah terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan – lahan.
Bertengk4r sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. “Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?” Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtvh.
Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang – kadang masih juga terjadi pertengk4ran, tetapi cara pertengk4ran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengk4r sehingga meny4kitkan hati masing – masing, tidak seperti dulu lagi.
Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perIukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah.
Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.
Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman di dalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh abah lakukan untuk menjaga anugerah ini. MashaaAllah,hebatnya Allah taala
BACA: Rezeki tepati masa, penumpang beri pemandu teksi tips RM5000 sampai airport tepat masa