Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu, Akmal Zahin Zainal Zahir, yang kini tidak rasmi menang jawatan ketua sayap itu,
Dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk membuat keputusan.
Beliau menyatakan bahawa pihaknya juga sedang menunggu maklumat daripada JPP mengenai keputusan rasmi
selepas pencabarnya, Adun Gombak Setia, Hilman Idham, turut mendakwa memenangi jawatan tersebut.
“Selagi mana tiada kepastian daripada JPP, saya tidak boleh memberikan komen.
Saya juga tidak boleh mendahului JPP. Saya berdebar kerana saya pun tidak tahu keputusan apa,” katanya kepada FMT.
Keputusan setakat ini yang dikeluarkan oleh pusat penjumlahan undi Pemuda menunjukkan Zahin memperoleh 2,432 undi, hanya 76 undi mengatasi Hilman yang mendapat 2,356 undi.
Sejurus berita mengenai kemenangan Zahin tersebar, jemputan untuk sambutan kemenangan Hilman telah dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp Penerangan Media PN.
Jemputan tersebut menyatakan keputusan tidak rasmi ‘membuktikan’ bahawa Adun Gombak Setia memenangi jawatan ketua Pemuda Bersatu.
Namun, jemputan itu kemudiannya dipadam daripada kumpulan WhatsApp tersebut.
Terdahulu, Pengerusi JPP, Abdul Azim Mohd Zabidi, menyeru semua pihak agar tidak membuat pengumuman atau spekulasi mengenai kemenangan sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan.
Katanya, keputusan muktamad bagi pemilihan jawatankuasa sayap Pemuda dan Wanita akan diumumkan dalam waktu terdekat selepas semakan pematuhan peraturan pemilihan, tatacara pengundian, dan penjumlahan undi yang teratur serta memperhalusi semua bantahan dan aduan.
BACA: Rupanya ini penyakit Syatilla Melvin sampai terpaksa bertutup litup macam tudung saji