Selepas menimang cahaya mata, ibu bapa pastinya lebih peka dalam mengutamakan keselamatan bayi mereka dari sebarang insiden yang tidak diingini.
Namun, meskipun berhati-hati, kejadian tak terduga tetap boleh berlaku.
Begitulah yang dialami seorang wanita berusia 26 tahun bernama Mariah Thomas.
Pada 9 Februari lalu, ketika Mariah cuba menidurkan bayinya, dia secara tidak sengaja memasukkan bayi kecilnya ke dalam ketuhar elektrik
. Sebaliknya, dia sebenarnya berniat untuk meletakkan bayi berusia 1 bulan itu ke dalam katil bayi.
Sekitar jam 1.30 tengah hari, pihak polis menerima panggilan mengenai keadaan bayi yang dikatakan tidak bernafas. Bayi tersebut kemudian ditemui dalam car seat di pintu hadapan rumah Mariah.
Baju bayi ditemui sudah mencair Setibanya di lokasi kejadian, pihak berkuasa mendapati bayi itu telah meninggal dunia.
Akibat diletakkan dalam ketuhar panas, baju bayi tersebut mencair dan badannya mengalami kesan lecur yang sangat teruk. Mariah kini berdepan dengan pertuduhan mahkamah kerana kecuaiannya yang menyebabkan anaknya berada dalam bahaya.
Mariah tidak mengaku bersalah Jika disabitkan bersalah, Mariah boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun mengikut undang-undang di Kansas City, Missouri.
Dalam perbicaraan yang berlangsung pada Mac, Mariah mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan. Tarikh prosiding seterusnya telah ditetapkan pada 13 Januari 2025.
BACA: Founder produk kecantikan dedah syarat Fattah Amin letak sebelum jadi duta produk