Usaha tidak khianati hasil, mahasiswa lepasan Australia raih pendapatan RM21000 sebulan hanya ternak itik

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Berkelulusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan dari Universiti Murdoch, Perth, Australia,

Tidak menghalang Muhd. Azim Hizal Hila Ludin, 31, untuk menceburi bidang penternakan itik telur secara aktif sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, industri penternakan itik mempunyai potensi yang besar dan masih kurang pesaing.

“Sebenarnya, sebelum tamat pengajian, saya sudah terlibat dalam perniagaan produk kecantikan dan penjagaan diri.

“Sebaik sahaja pulang ke negara ini, ibu mewarisi tanah seluas tiga ekar termasuk kolam buatan yang tidak terjaga

Usaha tidak khianati hasil, mahasiswa lepasan Australia raih pendapatan RM21000 sebulan hanya ternak itik

Dan meminta saya untuk menguruskannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di Mambang Diawan di sini semalam.

Muhd. Azim menyatakan, selepas berbincang dengan beberapa penternak ayam, itik, dan haiwan ruminan lain, dia merasakan itik adalah pilihan yang paling sesuai.

“Selain itu, perniagaan produk kecantikan dan penjagaan diri saya tidak begitu berkembang, menyebabkan saya beralih kepada penternakan itik. Saya hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli anak itik sebagai pusingan awal dan menyediakan makanannya secara konsisten,” katanya.

Dia menjelaskan, dia memperoleh pendapatan kasar sehingga RM21,000 sebulan daripada hasil jualan telur itik, di samping ayam daging.

“Sebagai langkah terbaik, pisahkan itik jantan dan betina di dalam kandang. Sekiranya dicampurkan, hasil telur tidak berkualiti dan tidak dapat disimpan lama.

“Telur itik sememangnya sangat digemari oleh pengusaha bakeri dan pembuat baulu kerana menjadikan produk akhir lebih sedap, gebu, dan tahan lama,” katanya.

BACA: Sejak 14 bulan SG4 dilancarkan, tiada sebarang nama pelabur diumumkan