7 perangai perempuan jadi punca suami cari lain, cuba cek ada tak pada diri anda

Oleh ISMAIL YAHYA

Sedar atau tidak, perbualan seperti ini mungkin pernah berlaku kepada para isteri di luar sana ketika berborak bersama rakan-rakan.

Dilabel sebagai ‘Queen Control’ oleh rakan-rakan kerana terlampau mengawal tingkah laku suami sering kali sudah menjadi kebiasaan.

Mungkin dari sudut positif, anda beranggapan sifat ‘control’ ini adalah berdasarkan kasih sayang semata-mata.

Namun, jika dipandang dari sudut lain, ia boleh memberi impak negatif kepada hubungan suami isteri.

Jika anda masih menafikan bahawa anda seorang ‘Queen Control’, berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan YA,

7 perangai perempuan jadi punca suami cari lain, cuba cek ada tak pada diri anda

ANDA ISTERI QUEEN CONTROL!

TANDA ISTERI ‘QUEEN CONTROL’, MUNGKINKAH ANDA ORANGNYA?

7. Selalu Kritik Suami

Sebagai seorang suami, mereka sepatutnya membuat keputusan dalam urusan rumah tangga dengan bantuan isteri. Namun, jika isteri anda seorang ‘kaki control’, mereka akan sentiasa mengkritik setiap tindakan yang diambil. Segala yang dilakukan akan dirasakan tidak kena dan seringkali mendapat aduan.

6. 24 Jam Tanya Keberadaan Suami

Tidak menjadi masalah jika isteri bertanya tentang keberadaan suami, tetapi jika setiap saat perlu menghantar WhatsApp bertanya, “Abang dekat mana? Abang buat apa?”, pasti akan membuatkan suami rasa rimas. Tambahan pula, jika suami memberitahu keberadaan mereka, pasti akan dipersoalkan pula kenapa di situ dan bersama siapa. Perlu ‘update’ 24 jam pun boleh jadi penat!

5. Suka Check Telefon Bimbit Suami

Apabila suami tidur atau mandi dalam tempoh yang lama, ini menjadi peluang untuk isteri menyelinap dan memeriksa telefon bimbit suami. Terutamanya jika suami tidak meletakkan sebarang kata laluan, lagi mudah untuk menyelinap. Sikap tidak percaya dan curiga ini menunjukkan isteri yang suka berbuat demikian sebenarnya sangat ‘control’ suami!

4. Suka Mengungkit

Ketika bergaduh, isteri sering mengungkit kisah lama atau kesalahan suami. Apa yang dilakukan oleh isteri terasa tidak salah, manakala setiap tindakan suami dianggap salah. Mengungkit kisah silam atau segala kebaikan yang dilakukan untuk suami tidaklah baik. Jika suami pula yang mengungkit, mula lah wajah masam mencuka…

3. Tidak Membenarkan Suami Jumpa Kawan-kawan

Sebenarnya, suami juga memerlukan ‘me time’ bersama kawan-kawan atau keluarganya sendiri. Terlalu melekat sepanjang masa pun boleh menimbulkan rasa bosan walaupun kasih sayang tinggi menggunung. Jadi, jika isteri sering melarang suami pergi bermain futsal dengan kawan-kawan dan hanya mahu suami bersama anda, ini menunjukkan isteri itu kuat ‘control’. Ini yang boleh mencetuskan rasa suami untuk mencari ‘penyondol’, hati-hati!

2. Kuat Cemburu

Orang sering berkata, cemburu itu tanda sayang. Namun, jika cemburu itu terlalu mendalam sehingga boleh membakar jiwa, ia tidak sihat.

Pantang suami ditegur atau disapa oleh perempuan lain, mesti akan bergaduh dan menyalahkan suami dengan dakwaan mencari wanita lain. Lama-kelamaan, suami akan penat melayan sifat ‘queen control’ ini.

1. Selalu Puji Diri Sendiri

Ini adalah sifat yang perlu dielakkan. Memberi pujian kepada diri sendiri memang perlu, tetapi bukan dengan merendahkan orang lain.

Jika sentiasa memuji diri sendiri di hadapan suami tanpa memberi kredit kepada suami, ini mungkin menyukarkan hubungan. Apa yang suami lakukan dirasakan biasa, manakala isteri sahaja yang hebat.

BACA: Kecoh pemain negara minta gaji RM2 juta setahun, pemain beregu negara dedah cerita sebenar