Assalamualaikum dan hai semua. Aku beranikan diri untuk bertanya sini. Aku perlu pendapat sebab sekarangotak aku tak boleh nak diharap dah.
Kenapa aku tak dapat berfikir guna otak? Sebab benda ni berkait dengan hati.
Sebelum aku lemparkan pertanyaan aku. Aku kena cerita kisah hidup keluarga aku supaya korang boleh tolong aku fikir.
Maaf panjang sikit la korang kena baca. Mak dan ayah aku berkahwin dan dorang dapat kami 3 beradik.
Semua perempuan. Alhamdulillah sekarang kami semua bekerja dalam sektor awam.
Tapi jodoh mak ayah aku ni tak panjang, diorang bercerai 2013. Mak aku yang minta cerai sebab ayah aku curang. Kesian mak masa tu. Kami pun tak halang sebab kami nak mak pun hidup bahagia. Untuk pengetahuan korang, ayah aku bukanlah suami yang baik untuk mak aku.
Ayah aku tak bekerja, tak solat, tak puasa dah tu terlibat dengan jvdi ekor lagi. Emak la yang membanting tulang besarkan kami. Yang hanya boleh diharap dengan ayah adalah ambil dan hantar kami ke sekolah. K
ereta yang ayah guna pun mak yang bayar bulan – bulan hasil dari berniaga.
Mak ada kedai makan, korang pun tahu kalau bisnes kedai makan ni kerja teruk dan penat. Bangun awal pagi masak. Lepas tutup kedai kalau mak tertidur memang kesian sangat bila tengok.
Ayah buat apa? Dia tidur, bangun makan, hisap r0kok, lepak. Paling – paling tolong pergi beli barang basah kalau pekerja mak pun sibuk.
Masa mak tahu ayah curang mak sedih sangat tapi dia tak meng4muk ya. Dia diam je. Last – last ayah aku mengaku. Mak cuma cakap kalau betul ayah aku nak kahwin lain, dia kena lepaskan mak aku. Ayah aku mula – mula tak nak. Drama air mata sangat dia masa tu. Cakap sayang kat mak aku tapi dia pilih untuk curang.
Mak aku tahu ayah aku takkan mampu nak jaga 2 keluarga. Dia tak nak nanti dia terp4ksa tanggung bini kedua ayah. Dia dah cukup penat. Mak aku ada masalah kesihatan kr0nik. Asthma mak tahap teruk ya. Kami pun berbincang.
Kami adik beradik cakap ayah kena ikut kehendak mak jugak so win – win situation. Cuma kami mintak ayah jangan dulu jumpa scandal dia supaya orang kampung tak bawa mulut. Ayah aku setuju. Tapi maIangnya kalau dah orang tua bercinta, mana lagi nak dengar kata anak – anak.
Ayah aku buat hal. Dia pergi berjumpa juga dengan scandal dia tu. Korang tau scandal bapa aku tu pun masih bini orang. Tapi sampai sekarang pun aku tak pasti betul ke tidak apa yang disampaikan orang sekeliling. Lain jugak taste ayah aku ni. Ingatkan anak d4ra dia cari.
Aku meng4muk naik h4ntu masa ni. Aku berg4duh dengan ayah aku. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, ayah aku nak tet4k aku. Sebelum ni anak dia ni, jentik pun tak pernah ya. Tak pernah dia naik tangan. Tapi cinta h4ram dia tu boleh buat dia nak tet4k aku.
Aku mengadu dengan pakcik aku sebeIah ayah, dia datang dan bincang. Pendekkan cerita, dorang bercerai. Ayah aku dapat anak lepas kahwin baru. Pernah satu hari ayah aku siap bawa baby tu pergi jumpa mak aku, mak aku ni pulak tahap baik dia memang aku pun speechless. Dikendongnya budak tu.
Mak aku layan ayah aku macam tetamu. Dia bercerai baik ya dengan ayah aku. Tapi kami 3 beradik pulak memang berg4duh la dengan ayah aku. Mak aku je yang baik. Ada jugak dia cakap menyesal ceraikan mak aku tapi mak aku cakap dia tak akan terima balik. Dia nak hidup untuk akhir4t je. Nak buat amal ibadat.
Korang tau ayah aku ni ada tanah, mak aku yang keluar modal beli benih pokok masa dorang masih sama – sama. Ayah aku kan pemalas, mana dia tahu nak buat kerja kampung semua tu. Jadi mak aku la tolong usahakan. Tapi maIangnya, tanah tu dia jual ya. Nak sara keluarga baru kan.
Yang sedihnya, ayah aku jual jugak kedai yang mak aku usahakan tu. Kedai tu ayah ambil katanya sebab atuk aku yang hadiahkan masa dorang kahwin. Atuk sebeIah ayah aku. Jadi memang harta dia la kot kan. Lepas jual semua tu, dia belikan kereta baru dan buat rumah baru untuk bini baru dia.
Padahal boleh je mak aku tuntut sebagai harta sepencarian. Tapi mak aku kan terlampau baik. Semua hasil jualan tu satu sen pun mak aku tak merasa. Belum cerita barang kemas mak aku yang digadai. Aku keluarkan duit kwsp aku untuk t3bus balik lepas kerja 3 tahun. 23K ya.
Demi mak aku sanggup. Nyawa pun aku bagi kalau boleh untuk mak. 2017, mak pergi dijemput Ilahi. Dikafankan dalam keadaan tersenyum manis. Allah tunjukkan kuasanya di Jumaat Mulia. Mudahnya urusan mak kembali. Baiknya mak semasa hidupnya, akhirnya tersenyum tanpa beban dunia.
Tapi dunia kami gelap. Hampir separuh giIa aku. Menangis rindu sehingga saat aku menulis semua ni. Dari saat ayah bercerai dia dah tak ambil tahu hidup kami adik beradik. Yang paling kesian adik aku yang bongsu sebab dia masih belajar masa tu. Syukur aku dengan kakak aku dah bekerja.
Masa mak masih ada, kami sama – sama bagi duit tiap – tiap bulan untuk mak. Aku belikan kereta supaya mak aku senang pergi review doktor. Adik aku boleh drive bawak dia ke mana – mana dia nak. Boleh aku cakap di sini, di akhir usia mak aku, dia gunakan sebaiknya.
Dia yang dulu sibuk berniaga, dapat pergi ke kelas agama, ke kenduri saud4ra mara. Alhamdulillah. Dia tak terkesan pun dengan ketiadaan ayah aku. Waktu dia, dia habiskan beribadat, buat solat – solat sunat. Rezeki mak.
Aku sebaiknya cuba mengingat sebab aku tak nak penulisan aku ni jatuh fitnah ke ayah aku kalau aku terubah cerita. Kami adik beradik ambil masa bertahun – tahun untuk terima balik ayah. Walaupun tak mesra macam dulu tapi kami cuba.
Sebab arw4h mak selalu pesan kena buat baik dengan ayah. Kami pun dah saling minta maaf. Cuma kami tak nak terlibat rapat dengan keluarga baru dia. Maksudnya di sini, dua tiga tahun ni kalau beraya kami akan balik kampung jumpa ayah di rumah atuk.
Sebab rumah baru ayah dengan atuk tu dekat je. Tapi kami tak pernah la masuk rumah ayah. Tak teringin pun tengok muka bini dia. Kami salam, borak – borak pastu balik. Dah tak bermasam muka la kiranya. Ayah aku hanya berhubung dengan kami melalui adik bongsu aku. Mesej atau call pun melalui adik aku.
Ok sekarang tiba la di saatnya, kenapa aku tanya aku ni anak derh4ka ke? Setelah sekian lama dia tak berhubung terus dengan aku dan kakak, 19 Julai tiba – tiba aku dapat call. Aku tengah sarapan masa tu di tempat kerja. Aku cakap nombor siapa pulak ni? Aku angkat je la jawab.
Jeng jeng jeng… Ayah aku ya wahai pembaca sekalian, dia cakap ni nombor baru dia. Nombor lama dia rosak. Dia tanya aku buat apa, kat mana, dan terpaling aku tak boleh terima. Dia mintak duit. Dia minta duit ya. Seawal jam 7 pagi, di hari gaji penjawat awam, biskut yang aku makan serasa makan pasir.
Dia siap cakap adik aku ada bagi dia duit. Tapi lama dah la. Aku pun iyakan ja sebab aku tak tau nak rasa apa, cakap apa. Aku nak end conversation cepat – cepat je. Aku nak menangis. Hati aku rasa rawan sangat lepas aku letak call.
Ya aku memang tr4uma dengan ayah sendiri. Sebab aku membesar dengan tengok dia minta duit dari mak aku. Aku tr4uma. Di mana dia masa kami tiga beradik susah lepas kem4tian mak? Dia tinggalkan kami dengan hutang piutang.
Kesenangan yang dia bagi pada bini baru dia, arw4h mak tak pernah merasa semua tu. Arw4h mak hidup dengan kudrat keringat dia sendiri. Tiba – tiba hari ni ayah datang untuk meminta lagi. Ya Allah, ujian apa untuk h4mbaMu ini?
Aku terIuka, sangat terIuka. Bayangkan susah payahnya kami cari kekuatan untuk berbaik dengan dia. Kami Iawan rasa s4kit hati kami. Dengan harapan takkan ada penyesalan di kemudian hari. Tapi kenapa perlu ayah Iukakan kami lagi.
Kami adik beradik hidup dengan gaji cukup sekadar diri sendiri. Kami tak hidup dalam kemewahan. Sedihnya Ya Allah. Aku call kakak dan adik aku. Rupa – rupanya adik aku ada masukkan duit RM100 untuk ayah aku 11 Julai.
Tapi ayah aku tipu aku, cakap dah lama adik aku bagi pun. Memang adik aku ada tanya kami boleh tak dia nak masukkan ayah duit sebab dia tergerak hati. Kami benarkan sebab ye lah, gerak hati kan. Tapi kami dah w4rning, kalau start bagi memang dia akan minta balik – balik. Aku kenal ayah aku. Tapi kali ni dia tak cari adik aku. Dia cari aku.
Jadi pembaca semua, apa patut aku buat? Bagi atau tak bagi duit? Aku tak nak jadi anak derh4ka tapi aku tak nak aku s4kit hati dan berd0sa sebab meluat dengan tindakan dia yang akan datang. Aku tau dia akan minta lagi sebab alasan yang dia bagi masa call aku tu dia tak dapat kerja sebab masalah kesihatan.
Tapi aku teringat arw4h mak aku dulu boleh ja bela dan sara dia. Kenapa bini baru dia tak buat benda yang sama? Kenapa cari kami yang dulu dia pernah cakap tak hadap duit kami satu sen pun. Malah kami yang tak dapat satu sen pun hasil jualan harta sepencarian dulu tu.
Apa patut aku buat? Aku cuma nak kami ada hubungan baik. Aku tak nak berg4duh. Di awal usia 30-an ni aku nak mencari damai. Hiduplah dengan urusan masing – masing. Tulis dengan air mata sebab tr4uma dengan ayah sendiri. – Himalaya (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Siti Abdullah : Kalau nak bagi, niat sedekah.. Pastu berpakat dengan semua adik beradik, block nombor dia. Nanti jumpa masa ziarah bila raya tahun depan pulak. Dia yang derh4ka dengan Allah sebab gagal tunaikan tanggungjawab. Doakanlah dia supaya dia berubah ya.
Pinkish Lavender : Buat apa yang awak rasa bahagia. Kalau bagi rasa tak ikhlas, tak puas hati, baik tak payah bagi. Sekali diberi, memang akan ada kedua ketiga dan seterusnya. Percayalah nanti dia akan rotate minta awak adik beradik. Baik maksud pesanan emak TT tidak semestinya bagi duit.
BACA: Selama ini salah teknik rupanya, ini cara mandi yang betul, confirm badan bersih