Ini cara mudah nak bagi baju putih yang kuning jadi putih semula dalam masa 30 minit!

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Bagi mereka yang memiliki kemeja atau tudung berwaran putih mesti perasaan

Bahawa ada kesan kuning muncul apabila lama ia tersimpan di dalam almari.

Bila dah terdesak sangat, susah nak pergi kedai semata-mata untuk mencari

baju warna putih sebab yang ada di rumah tu ada kesan kuning.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok Jason Jezi tentang cara senang nak hilangkan warna kuning di tudung putih dalam masa 30 minit sahaja.

Ini cara mudah nak bagi baju putih yang kuning jadi putih semula dalam masa 30 minit!
Cara hilangkan kesan kuning di baju putih
Bahan-bahan:

Besen besar
Ubat gigi (tak kisah jenama)
Baking soda
Cuka
Air panas
Pencuci baju (cecair)

Cara-cara:

1. Sediakan besen besar dan masukkan dalam satu sudu ubat gigi (tak kisah jenama apa).

2. Masukkan dalam dua sudu baking soda dalam besen yang sama.

3. Kemudian letak dalam satu sudu cuka ke dalam tempat sama

4. Isikan air panas hingga memenuhi 1/4 besen dan gaul ia menggunakan alatan (air panas, jangan guna tangan).

5. Masukkan pencuci baju (cecair) dan letak baju serta rendam ia selama 30 minit.

6. Boleh jemur kain hingga kering, kesan kuning pun tertanggal.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jumpa lesen memandu milik orang Perlis di zon perang Ukraine, ini respon Kementerian Luar