Penemuan lesen memandu dan mykad di zon perang Ukraine, ini respon ahli keluarga

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang lelaki tidak menafikan atau mengesahkan bahawa individu yang tular di media sosial kononnya berjuang di Ukraine

Dan didakwa dikenal pasti sebagai tentera upahan asing melalui MyKad serta lesen memandu, adalah ahli keluarganya.

Ketika ditemui di sebuah taman perumahan di daerah ini, lelaki berusia 20-an yang dipercayai mempunyai

pertalian keluarga dengan individu tular tersebut, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“No comment, no comment” katanya ringkas.

Penemuan lesen memandu dan mykad di zon perang Ukraine, ini respon ahli keluarga

Tinjauan di kediaman berkenaan juga mendapati, rumah dua tingkat tersebut sunyi tanpa kelibat ahli keluarga lain.

Sebelum ini media melaporkan penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Lelaki yang tular itu kononnya terlibat sebagai tentera upahan dalam ’16th Rifle Battalion Ukraine’, yang mana ia sedang berdepan dengan ketumbukan tentera Rusia di Ukraine.

Dokumen berkenaan menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.

Selain itu, turut ditunjukkan dalam gambar yang tular ialah pasport negara lain dipercayai milik individu yang juga berada di lokasi berkenaan.

Dikatakan, kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, Ukraine.

BACA: Kredibiliti jurulatih baharu Man Utd dipertikai, ini latar belakang Ruben Amorim