Maybank rupanya tersenarai sebagai syarikat paling bernilai di Asia Tenggara

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Institusi perbankan negara, Maybank Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling bernilai

Di Asia Tenggara untuk tahun ini menerusi senarai dikeluarkan seasia.stas.

Berdasarkan laporan yang turut dikongsikan di platform Instagram itu,

Maybank kini berada di kedudukan ketiga dalam senarai ‘Syarikat Paling Berharga Di Asia Tenggara’ di belakang DBS Bank.

DBS Bank Limited juga merupakan sebuah syarikat perbankan multinasional dan perkhidmatan kewangan yang beribu pejabat di Pusat Kewangan Marina Bay, Singapura.

Maybank rupanya tersenarai sebagai syarikat paling bernilai di Asia Tenggara

Tempat pertama turut diduduki oleh institusi perbankan iaitu Bank Central Asia (BCA) daripada Indonesia yang mana kedua-dua bank teratas di dalam senarai ini memiliki nilai pasaran melebihi $60 bilion.

Manakala Maybank yang memulakan operasinya 64 tahun lalu tepatnya pada 12 Sept, 1960 itu mempunyai nilai pasaran di Asia Tenggara dengan anggaran sekitar $20 bilion.

Kedudukan keempat pula diduduki oleh negara Thailand (Syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak, PTT Thailand Limited) diikuti Vietnam, Filipina, Kemboja, Laos dan Myanmar.

“Asia Tenggara telah meningkat sebagai kuasa ekonomi sejak sepuluh tahun yang lalu. Namun begitu, terdapat jurang ketara antara kedudukan syarikat dagangan awam terbesar di seluruh negara rantau ini.

“Visualisasi ini memaparkan syarikat paling berharga di setiap negara Asia Tenggara berdasarkan permodalan pasaran semasa mereka dalam dolar Amerika Syarikat (A.S.) pada 18 April 2024,” kata laporan itu.

Difahamkan, kedudukan dinilai berdasarkan pasaran bursa saham semasa Laos dan Yangon serta artikel terbitan Companiesmarketcap.com iaitu sebuah platform yang menilai syarikat tersenarai awam berdasarkan permodalan pasaran.

Baca juga