Jarang kita mendengar suami yang meminta izin isteri pertama untuk berpoligami
malah mereka ini kerap berkahwin senyap-senyap demi untuk menghalalkan cinta.
Kisah yang kerap kita dengar pula para suami akan berkahwin di Thailand dan hanya meminta izin isteri setelah ‘kantoi’ mempunyai isteri kedua.
Namun wanita ini berkongsi kisah suaminya yang berkahwin dua dan mendedahkan kebenaran bahawa berpoligami ini memerlukan pengorbanan dari ketiga-tiga pihak.
Saya Nawal, wanita yang telah dimadukan dengan seorang wanita bernama si B selama 2 tahun secara sembunyi
dan 3 tahun secara terang-terangan. Saya wanita bekerjaya dan ibu kepada 2 orang anak.
Banyak orang fokus pada kesan poligami ni buatkan wanita rasa dikhi4nati dan kasih sayang berbahagi. Tapi kali ni saya nk kongsi sisi sisi lain poligami, mengikut pengalaman saya yang baru beberapa tahun ni. Perkongsian ini saya tujukan kepada 3 golongan.
Pertama kepada isteri pertama yang baru dimadukan sebagai perkongsian pengalaman. Kedua kepada suami yang teringin untuk berpoligami. Ketiga kepada wanita yang teringin untuk jadi isteri kedua.
1.Ibarat ibu tunggal separuh masa. Hampir separuh masa, suami saya akan berada di rumah isteri lain. Majlis keluarga seperti tahlil, kenduri kahwin, hari keluarga, majlis hari jadi. Kadang-kadang saya hadir tanpa suami.
Kena la hadap soalan-soalan dari kawan dan sed4ra. Bawa anak ke taman sorang- sorang. Shopping barang rumah sendiri. Ibarat ibu tunggal separuh masa. Sama juga dengan si B. Banyak perkara yang kena buat sendiri, tanpa suami.
Bila anak biasa dengan saya, anak tak nak diuruskan suami. Jadi kedua-dua isteri kena pandai berdikari. Kalau rasa diri tu lemah tanpa lelaki, baik tak payah kahwin dengan suami orang. Mungkin orang cakap, orang lain PJJ ok je. Tapi lain sebenarnya, perasaan bila suami tiada untuk hal kerja vs suami tiada untuk bersama isteri lain.
2. Sedap sikit. Penat banyak. Poligami ni bukan menc4bar untuk isteri – isteri je. Jadi suami pun menc4bar. Suami saya selalu bagitahu, dia penat, tak sempat rehat. Tak ada masa untuk sendiri. Bila sibuk ke rumah sana, ke rumah sini, tak sempat nak rehat.
Bila orang lain syok cycling, main badminton, ride dengan kawan-kawan, suami saya perlu luangkan masa bersama keluarga. Ye la kan, masa bersama keluarga dah kena bagi dua, dah berkurang, kena la guna sebaiknya.
3. Cubit paha kanan, paha kiri terasa. Cinta tiga segi ni saling berkait. Kalau suami saya tengah g4duh dengan si B, per4ngai dia akan berubah di rumah. Banyak termenung, senang melenting, serba tak kena. Padahal hubungan saya dengan suami ok je. Bila ditanya, dia tengah konflik dengan si B. Tak pasal-pasal saya pula yang kena tempias.
4. Perebutan kuasa. Mesti ramai orang cakap isteri kalau redha, takde nak g4duh – g4duh. Tapi antara anak-anak pun ada persaingan tanpa kita sedar. Bila baby baru lahir, anak kita yang kecil akan rasa tergugat, tantrum, banyak merajuk untuk dapatkan perhatian kita. Itu dah jadi fitrah.
Ye, lama-lama m4kin ok. Tapi bila ada je trigger, akan berebut juga dari masa ke masa. Itu anak-anak nak perhatian ibu bapa. Bayangkan isteri – isteri yang berebut nak perhatian suami. Berebut giliran bermalam, siapa yang akan dia bawa pergi kenduri, siapa akan ke majlis penting di tempat kerja, siapa dapat beraya pagi pertama. Kalau dua-dua ada keperluan mendesak, dua-dua anak demam, siapa suami akan teman.
5. Dinamik kasih sayang boleh berubah. Biasanya suami akan lebih sayangkan isteri kedua. Ye lah, sebab cinta masih hangat kan. Tapi, cinta tiga segi ni boleh berubah. Suami saya sendiri pun pelik. Dia rasa bila m4kin lama berpoligami, m4kin dia sayang isteri pertama.
Sebab dia dapat tengok dua-dua isteri dia semua ada kelemahan masing-masing, tak sempurna. Bila isteri baru dah jadi mak orang, tak sempat nak melaram, jadi m4kin garang. Sekarang ni si B selalu komplen suami ni tak sayang dia, lebih sayangkan isteri pertama. Jadi, jangan konfiden suami akan sentiasa lebih cintakan isteri kedua selamanya.
6. PJJ dan poligami. Bila dua elemen ni digabungkan, rumahtangga akan jadi sangat menc4bar. Si B dipindahkan ke negeri lain atas urusan kerja. Bayangkan, si B terp4ksa bersusah payah seorang diri di perantauan, tapi suami bahagia ada isteri pertama untuk menemani. Bagi lelaki yang nak poligami dengan wanita bekerjaya, fikirlah banyak kali. Bila PJJ susah, m4kin penat.
7. Social media. Pernah saya upload sekeping gambar bersama suami dan anak-anak di media sosial. Si B sindir suami saya, “seronokla dapat bersama keluarga bahagia”. Jadi, suami pesan, tak boleh upload gambar bahagia – bahagia di social media.
Ye la, pergi makan angin jauh-jauh, kadang-kadang nak juga upload, bukan selalu pon. Satu lagi, jalan makan angin ni, suami siap pesan pada ahli keluarga lain supaya tak bagitahu si B. Jadi, kalau memang jenis suka upload di media sosial, tak sesuailah untuk kahwin dengan suami orang, nanti banyak benda tak dapat nak upload.
8. Mampu. Biasa orang tahu pasal mampu duit untuk poligami. Betul. Sekurangnya tahu dulu suami ada simpanan ke tidak. Kalau tiada simpanan, maksudnya dia takde duit lebih untuk sara sorang lagi. Mampu yang kedua adalah mampu masa.
Suami saya ni sibuk, jadi masa yang sikit tu, terp4ksa dibahagi dua pula. Dapat la sikit- sikit sorang. Mampu yang ketiga adalah mampu mental. Isteri sorang pun dah banyak berleter. Bayangkan dua isteri, pergi rumah sana kena, pergi rumah sini kena berleter. Jadi mental suami kena kuat. Yang keempat mampu agama. Kalau suami tu pun solat tak jaga, kita pula sebagai isteri – isteri yang kena pimpin dia untuk sentiasa taat pada Allah.
9. Janji palsu. “Mesti pandai pembohong. Mesti pandai temberang”. Tersangat betul apa yang P Ramlee sebut dalam lagunya. Suami akan banyak menipu atau berhelah untuk elakkan diri dari dimarahi isteri pertama atau kedua.
Sebelum kahwin, suami akan janji untuk adil. Perempuan tak payah percaya la. Susah sangat manusia biasa untuk adil. Perempuan pun akan bagi janji palsu sebelum dapat kahwin dengan suami orang. Si B pon pernah janji dengan suami, “saya tak kisah pasal giliran bermalam, asal dapat bersama cukuplah”.
Sekarang meroyan bila giliran bermalam tak cukup. Meroyan bila kadang saya dilebihkan. Janganlah mudah percaya. Belum kena belum tahu. Tapiiiii, ada juga beberapa kebaikan pasal poligami ni. Saya kongsikan juga.
1. Permintaan mudah ditunaikan. Bila saya minta apa-apa dari suami, mudah dia tunaikan. Nak minta bawa pergi jalan-jalan, dia akan terus bawa. Nak minta me-time, dia akan bagi tanpa banyak soal. Sebab dia dah tahu kita banyak susah payah.
2. Cinta selalu hangat. Kadang-kadang, bila dia balik dari giliran isteri kedua, rasa macam baru bercinta. Rasa rindu – rindu gitu. Mungkin sebab rasa marah dan sedih bila ditinggalkan. Bila dah jumpa balik, happy dia lain macam. Aci la kan, dah down teruk, Allah bagi pulak rasa bahagia. Poligami ni ibarat ombak besar, dilambung tinggi dan dihempas kuat semula ke bawah.
3. Suami cepat matang. Suami saya ni jenis berjiwa muda. Awal-awal kahwin tu dia masih per4ngai macam orang bujang. Ke sana sini, tak kisah sangat anak isteri. Tapi bila dah poligami, dia terp4ksa cepat matang untuk jaga dua buah keluarga.
4. Allah itu adil. Selalu terfikir kenapa Allah membenarkan poligami. Awal – awal tu saya rasa kenapa dalam cinta tiga segi ni, saya sebagai isteri pertama yang kena d3rita bagi memberi jalan cinta mereka bersatu. Lama-lama saya perasan. Si B pon merana, banyak kali nak putus asa.
Terp4ksa jaga anak sorang, hidup sunyi, banyak kena cover perbelanjaan hidup sendiri. Suami saya pon merana, penat tak dapat rehat, kewangan terhad, banyak kena berleter. Semua orang diuji dengan cara tersendiri.
Selain tu, Allah nak uji lelaki – lelaki, sebelum mereka mulakan langkah, adakah mereka betul-betul mampu atau “buat – buat atau perasan mampu❞ demi nak dapat poligami. Jadi, lelaki dan perempuan semua Allah uji dengan konsep poligami ni. Itu saja perkongsian dari saya. Lain orang lain pengalaman. Tak perlu judgemental. – Nawal (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Keadaan kesihatan makin merosot, Ebby Yus minta maaf, bersedia dengan segala kemungkinan