Erra Fazira dipuji tak aibkan bekas suami- “Aleesya berhak bahagia”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Erra Fazira mengakui dirinya tidak pernah berebut soal anak bersama bekas suaminya Engku Emran.

Mereka juga sanggup bertolak ansur demi kebahagiaan puteri tunggal,

Engku Aleesya dalam memastikan anaknya itu membesar dalam keadaan yang penuh kasih sayang.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, turut mengatakan bahawa beliau tidak mahu anaknya

mengalami nasib yang sama seperti dirinya yang tidak menerima kasih sayang seorang ayah sejak kecil.

Erra Fazira dipuji tak aibkan bekas suami- “Aleesya berhak bahagia”

“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.

“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.

“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” kata Erra, 50.

Dia juga menyedari isu perebutan anak yang melibatkan pasangan selebriti dan memberikan nasihat bahawa salah satu ibu atau bapa sepatutnya bersedia untuk mengalah dan menurunkan ego mereka, supaya perkara tersebut tidak memberikan kesan buruk kepada anak-anak mereka.

“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.

“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi.

“Jangan beri tekanan kepada mereka, selain tak perlu tunjuk susah senang pada orang kerana media sosial menggambarkan siapa diri kita yang sebenar,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media program Nasi Lemak Kopi O, semalam.

Baca juga: Kecoh pemain negara minta gaji RM2 juta setahun, pemain beregu negara dedah cerita sebenar