Pelakon sensasi, Ruhainies semalam baru sahaja dituduh atas tuduhan khalwat bersama penyanyi Singapura,
Aliff Aziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Namun dirinya yang tampil tersenyum lebar sewaktu ditemui di perkarangan mahkamah
menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan melabelnya sebagai wanita ‘tidak tahu malu’.
Baru-baru ini, tular kenyataan yang dibuat oleh ibu dan bapa Ruhainies kira-kira beberapa tahun lalu
yang turut mendakwa Ruhainies adalah anak nakal yang dipetik dari Media Hiburan.
“RUHAINIES MACAM MANA DIA DEKAT LUAR, MACAM TU LA DIA DEKAT RUMAH. NAUGHTY, SAMA JE KAT RUMAH,” KATA IBU KEPADA PELAKON INI.
Ibunya berpendapat bahawa anaknya, Ruhainies agak nakal dan berperangai serupa ketika di rumah namun di dalam keadaan yang positif.
TAPI DIA NAKAL BUKAN MAKSUD AUNTIE NAKAL YANG NEGATIF TETAPI YANG POSITIF. DIA SELALU MENGUSIK DAN CAKAP BANYAK,” UJAR SI IBU LAGI SAMBIL KETAWA.
Untuk info, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang melibatkan mereka dan membuat pengakuan itu dihadapan hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Baca juga: Penemuan lesen memandu dan mykad di zon perang Ukraine, ini respon ahli keluarga