CEO GISB dan isteri fail ‘habeas corpus’ minta dibebaskan segera, ini maksud ‘habeas corpus’

Oleh ISMAIL YAHYA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya, Azura Md Yusof

Mereka yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, telah memfailkan permohonan habeas corpus untuk pembebasan serta-merta.

Turut memfailkan permohonan tersebut ialah Pengurus Cafe Ikhwan di Kluang, Mohamad Suhaimi Mohd Sani, 28,

yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga pemohon memohon perintah writ habeas corpus dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini

CEO GISB dan isteri fail 'habeas corpus' minta dibebaskan segera, ini maksud 'habeas corpus'

untuk membebaskan mereka daripada tangkapan dan penahanan yang dianggap tidak sah oleh pihak responden.

Pasangan suami isteri berusia 68 dan 57 tahun yang turut menghadapi pertuduhan di bawah SOSMA serta Mohamad Suhaimi memfailkan permohonan tersebut melalui peguam mereka, Datuk Rosli Kamaruddin, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Nasiruddin dan Azura menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga kelima. Sementara itu, Mohamad Suhaimi menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar, telah menetapkan 4 Disember ini sebagai tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Ini maksud Habeas Corpus yang ramai nak tahu, Habeas corpus ialah satu prinsip undang-undang yang memberi hak kepada seseorang yang ditahan untuk dibawa ke hadapan mahkamah agar sahnya penahanan itu dapat dinilai.

Istilah ini berasal dari bahasa Latin yang bermaksud “anda harus mempunyai tubuh badan itu,” merujuk kepada hak seseorang untuk menentang penahanan mereka yang dianggap tidak sah atau tidak berasas.

Dalam konteks perundangan, permohonan habeas corpus memberi peluang kepada tahanan untuk mencabar keabsahan penahanan mereka, dan jika mahkamah mendapati penahanan tersebut tidak sah, tahanan itu boleh dibebaskan serta-merta.

BACA: Kredibiliti jurulatih baharu Man Utd dipertikai, ini latar belakang Ruben Amorim