Disebabkan rakyat negara ini lebih gemar menghabiskan cuti musim persekolahan ke negara jiran,
Malaysia diumumkan sebagai antara penyumbang terbesar kepada ekonomi pelancongan di Thailand.
Perkara itu diumumkan sendiri Timbalan Gabenor Antarabangsa Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Pattaraanong Na Chiang Mai.
Beliau memaklumkan Malaysia merupakan pasaran kedua terbesar untuk kemasukan pelancong ke Thailand selepas China.
Berdasarkan rekod awal TAT, Thailand menerima lebih 3.7 juta pelancong Malaysia dari 1 Januari hingga 30 September 2024.
Sementara itu Malaysia pula menerima kehadiran kira-kira 1.1 juta pelancong Thailand, sekali gus menyaksikan peningkatan 19.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Sehubungan itu, Thailand menyasarkan jumlah pengunjung Malaysia dijangka kira-kira 5 juta menjelang akhir 2024.
Wilayah itu akan melancarkan kempen Thailand’s Grand Invitation pada tahun depan, dan ini adalah masa yang sesuai untuk menyambut musim pelancongan untuk kedua-duanya negara.
Pattaraanong berkata, Thailand menyediakan produk, perkhidmatan dan juga beberapa siri acara pelancongan hebat di wilayah Selatan untuk memenuhi pasaran Malaysia bermula Oktober 2024 hingga awal 2025 seperti Perayaan Loi Krathong.
Baca jugaCEO GISB dan isteri fail ‘habeas corpus’ minta dibebaskan segera, ini maksud ‘habeas corpus’