Pisang berbuah dua kali, pegawai kadet junior terima nasib sama macam Zulfarhan

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seakan-akan pisang berbuah dua kali, pengguna media sosial baru-baru ini dikejutkan dengan penularan sekeping gambar

menunjukkan seorang Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mengalami kesan lecur

di dada sebelah kanan. Dipercayai, ia merupakan hasil perbuatan aniaya oleh pihak seniornya sendiri.

Menurut fakta yang dikongsikan oleh @Themerdekatimes, gambar tersebut diambil

Daripada grup WhatsApp junior terbabit yang kini telah dipadamkan.

Pisang berbuah dua kali, pegawai kadet junior terima nasib sama macam Zulfarhan

Namun, gambar itu sempat disimpan sebelum tular di media sosial seperti Instagram dan X (Twitter).

Dikatakan juga, kecederaan yang dialami oleh penuntut tersebut telah diketahui oleh jurulatih yang sedang menjalankan pemeriksaan berkala.

Ramai netizen menyuarakan kegusaran tentang nasib pelajar ini, dan berita tersebut akhirnya sampai kepada pengetahuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pihak ATM kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut, dan jika didapati bersalah, pelaku akan menerima hukuman yang sewajarnya.

Ini mengingatkan kita kepada nasib yang menimpa Zulfarhan Osman suatu ketika dahulu. 1 Jun 2017 adalah tarikh hitam

yang tidak mungkin dilupakan oleh keluarga Zulfarhan Osman apabila penuntut UPNM tersebut disahkan pergi buat selamanya akibat perbuatan aniaya daripada rakan seangkatannya sendiri.

Sebanyak 90 kesan lecur akibat ditekap dengan seterika ditemui pada 80% badannya.

BACA: Patutlah bil elektrik mencanak naik! Rupanya tersalah beli aircond, ini cara pilih aircond yang sesuai