20 unit Honda Civic FL5 hilang dari pelabuhan, Cara curi macam dalam filem

Oleh NADIA HARON

Sekumpulan pencuri telah melarikan sebanyak 45 buah kereta dari pelabuhan Melbourne, Australia pada minggu lepas,

termasuk 20 unit Honda Civic Type R FL5. Anggaran kerugian dilaporkan mencecah USD1.3 juta (RM5.7 juta).

Kecurian tersebut berlaku antara jam 3 petang pada 20 Oktober sehingga 6.30 pagi keesokan harinya.

Menurut pihak polis Victoria, kecurian itu dipercayai dilakukan oleh dua pasangan lelaki dan wanita.

Mereka memecah masuk kawasan simpanan, melepasi kawalan keselamatan, dan berjaya melarikan 45 unit kenderaan.

20 unit Honda Civic FL5 hilang dari pelabuhan, Cara curi macam dalam filem

Boleh tahan, empat orang sahaja berjaya melarikan begitu banyak kereta. Tidakkah pengawal keselamatan berjaga?

Selain daripada 20 unit Type R, antara kereta lain yang turut dicuri termasuk tiga unit Skoda Kamiq, lima unit Skoda Kodiaq, satu Golf R, tiga VW Tiguan, tiga Skoda Superb, dua Honda ZR-V, dua GWM Tank 300,

satu Honda Accord, dua Honda CR-V, dan dua Mercedes-Benz Sprinter.

Nampaknya mereka mungkin sudah membuat senarai awal seperti dalam filem Gone in Sixty Seconds. Borong habis nampaknya.

Sehingga 23 Oktober, pihak polis telah berjaya merampas kembali 21 unit kenderaan, namun model-model tertentu yang berjaya didapatkan semula belum dapat dipastikan.

Seorang wanita berusia 32 tahun telah ditahan ketika sedang memandu salah sebuah kereta curi tersebut dan dikenakan pertuduhan atas kesalahan memiliki nombor pendaftaran palsu, tiada lesen memandu, dan memiliki dadah.

Belum dapat dipastikan sama ada pencuri-pencuri ini memiliki kunci asal kereta-kereta tersebut atau mereka menggunakan peralatan canggih untuk menghidupkan enjin sebelum melarikan kenderaan-kenderaan itu.

BACA: Pisang berbuah dua kali, pegawai kadet junior terima nasib sama macam Zulfarhan