Ina Naim dedah sebab mahu kahwin, tak nak menjanda lama-lama

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Sejak pemergian suami tercinta, Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi Ina Naim mengakui bahawa

Dia tidak dapat hidup sendirian dan memerlukan teman hidup untuk membesarkan anak-anaknya.

Menurut Ina Naim kehadiran bakal suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor,

diharapkan dapat membantunya meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anak yang sedang membesar.

“Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya sudah mula belajar dengan bakal bapa mereka, terutamanya Feroz

Ina Naim dedah sebab mahu kahwin, tak nak menjanda lama-lama

Dan Laila kerana banyak masa dihabiskan bersama. Mereka juga sering berhubung melalui telefon untuk belajar.

“Anak-anak saya memang tidak bersekolah, tetapi mereka perlu belajar. Oleh sebab itu, saya tidak boleh hidup sebagai janda terlalu lama dan duduk seorang diri kerana sukar untuk menguruskan anak-anak yang meningkat remaja.

“Saya memerlukan seseorang (suami) untuk memastikan pembelajaran anak-anak berterusan setelah pemergian ayah mereka,” katanya.

Ina berkongsi perkara tersebut dalam satu rakaman siaran langsung yang dimuat naik semula di aplikasi TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Ina dilihat terbuka bercerita mengenai majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 8 November ini.

Menurutnya, majlis tersebut akan dilakukan secara sederhana dan dia memohon maaf kerana hanya menjemput keluarga dan rakan terdekat.

“Saya jemput kawan-kawan terdekat. Minta maaf kerana tidak dapat jemput semua orang kerana saya tidak buat majlis besar. Maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan-kawan di TikTok; kalau boleh memang saya nak jemput semua.

“Saya hanya buat majlis nikah dan sedikit jamuan makan untuk beberapa saudara dan rakan terdekat.

“Saya bukan anak dara atau orang muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak. Takkan kita nak duduk di pelamin untuk bersanding. Jadi, saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu makan,” ujarnya.

BACA: ‘Patutlah suami selalu tak nak bersama dengan saya, rupanya lauk mak mertua yang suami makan puncanya’