Warna hitam macam tak sedap? Ini jawapan apa beza asam keping warna hitam dan perang

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat di pasaran terdapat dua jenis asam keping yang dijual, iaitu berwarna gelap dan keperangan.

Bagi mereka yang baru mula menceburkan diri dalam dunia masakan, pasti akan keliru ketika memilih asam keping yang sesuai untuk masakan.

Oleh itu, jom kita baca beberapa maklumat mengenai kedua-dua jenis asam keping ini.

ASAM KEPING MANAKAH YANG LEBIH SEDAP?

Ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang menghasilkan sendiri asam keping

Warna hitam macam tak sedap? Ini jawapan apa beza asam keping warna hitam dan perang

dan menggunakannya dalam masakan, seperti yang dikongsi di Facebook Masakan Terengganu.

Asam keping warna hitam:

Asam keping berwarna hitam terhasil daripada buah yang telah matang dan masak di pokok. Mutunya lebih tinggi dan tidak mudah hancur apabila dimasak.

Rasa masamnya lebih baik dan tidak pahit. Ia dijemur kering dan lebih ringan. Pandangan orang menyatakan bahawa ia adalah asam lama yang berubah hitam kerana disimpan dalam tempoh yang lama.

Asam keping warna perang:

Asam keping keperangan pula adalah buah muda. Kebiasaannya, ia akan hancur.

Rasanya masam dan masih terasa lembab serta tebal. Pandangan orang menyatakan bahawa ia adalah asam yang masih baru.

BACXA: