Akhirnya terjawab bau busuk disangka bangkai haiwan, pelajar universiti mati tergantung belakang pintu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui maut dalam keadaan tergantung selepas dipercayai tidak keluar dari biliknya selama 4 hari.

Memetik laporan DetikSulsel, insiden tersebut berlaku di Makassar, Indonesia,

apabila kakak mangsa terhidu bau busuk yang disangkanya datang dari bangkai haiwan.

Kakak mangsa, yang merupakan saksi kejadian, pada awalnya menghidu bau yang sangat busuk.

Dia kemudian pergi memeriksa bahagian dapur, tetapi bau tersebut berasal dari bilik tidur mangsa.

Akhirnya terjawab bau busuk disangka bangkai haiwan, pelajar universiti mati tergantung belakang pintu

Setelah itu, kakak mangsa memberitahu bahawa dia telah cuba memanggil mangsa dari luar bilik, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

“Berkali-kali saya ketuk pintu tetapi tiada respon, dan saya menganggap mangsa perlukan masa untuk bersendirian,” katanya.

Menurut saksi, pintu bilik mangsa sukar dibuka kerana jasadnya tergantung di belakang pintu bilik.

Pihak polis difahamkan telah mengambil beberapa barangan peribadi milik mangsa, yang dikenali dengan nama singkatan CP, untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Mangsa dilaporkan sering menyendiri dan menjauhkan diri daripada keluarga serta rakan-rakan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

BACA: Akhirnya PMX buka mulut beri respon kes FashionValet rugi RM43.9 juta dan NAFAS