‘Bey sobarr beyyy’ Penyanyi Kelantan bersama 5 individu diheret ke Mahkamah Narathiwat

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan, bersama lima individu lain, ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda

Di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, pada Jumaat lalu.

Mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini untuk prosiding reman.

Tiga suspek lelaki dan tiga wanita tersebut menaiki trak polis sebelum meninggalkan

pekarangan Balai Polis Sungai Golok untuk ke mahkamah yang terletak kira-kira 50 kilometer dari situ.

'Bey sobarr beyyy' Penyanyi Kelantan bersama 5 individu diheret ke Mahkamah Narathiwat

Puluhan ahli keluarga dan rakan-rakan kesemua suspek yang datang dari Malaysia juga dilihat hadir di balai polis itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol Pol Jedsadavit Ingprapan, berkata keenam-enam suspek dihantar ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk mendapatkan perintah tahanan lanjut.

Menurutnya, semua suspek akan ditahan di mahkamah sehingga siasatan berkaitan kes memiliki pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah selesai.

BACA: Bukan mangsa keadaan, penyanyi terkenal dari Kelantan positif pil kuda