‘Bukan tak nak berbakti pada orang tua, kerana layanan mereka aku tak kisah digelar anak derhaka”

Oleh NADIA HARON

Sebagai seorang anak, kita mendambakan kasih sayang daripada orang tua kita. Ini kerana orang tua itulah “safe place” kita.

Tapi, tidak semua anak anak bertuah memiliki orang tua yang benar – benar menyayangi dan menghargai anak mereka.

Sekiranya kita mengadu kepada ahli keluarga terdekat atau pun orang sekeliling

kebiasaannya disuruh bersabar dengan kerenah orang tua ataupun kena hormat orang tua kerana nanti tidak bau syurga.

Tapi, bagaimana pula dengan orang tua yang mend3ra anak – anak mereka?

'Bukan tak nak berbakti pada orang tua, kerana layanan mereka aku tak kisah digelar anak derhaka"

Nama aku Helen, berusia 30-an, merupakan seorang penjawat awam. Abah aku pesara (bekas pengurus bank) manakala ibu aku pula suri rumah. Kami 4 orang adik beradik, aku anak kedua dan satu – satunya perempuan.

Dari kecil lagi, ibu memang arah aku seorang sahaja untuk buat kerja – kerja rumah seperti menyapu, buang sampah, cuci kasut adik – adik, gosok baju dan lain – lain. Manakala adik-beradik lelaki hanya bermain game atau cuma berehat – rehat di bilik.

Semasa aku berusia 7 tahun, aku pernah lari dari rumah kerana dimarah teruk oleh ibu (aku kurang pasti sebab utama dimarah tapi ada kaitan dengan bersihkan rumah). Apabila di usia remaja (antara 13 – 18 tahun), di sinilah bermulanya episod physical dan verbal abuses.

Ibu pernah mengh4ntuk aku ke di dinding. Diri aku seolah – olah tempat ibu melepas geram. Hampir setiap hari semasa dalam perjalanan menghantar aku ke sekolah pun, mulutnya tidak akan berhenti memarahi aku. Segala kata – kata m4kian aku terima.

Bayangkan macam mana aku nak ke sekolah dalam keadaan emosi macam tu. Untuk pengetahuan, aku bukanlah anak yang bermasalah atau liar. Aku memang duduk di rumah sahaja dan buat apa sahaja yang ibu aku arahkan.

Ada sekali aku mengadu kepada abah sebabnya aku sentiasa dimarah tanpa sebab yang munasabah dan dipukuI ketika abah pergi bekerja, tapi tiada apa – apa perubahan. Malah, ibu aku mengugvt aku sekiranya aku mengadu kepada abah lagi.

Memang aku tertekan waktu ini tapi tiada apa yang mampu aku buat melainkan mendiamkan diri sahaja. Adik beradik lelaki langsung tidak dimarah jauh sekali dijentik, mereka sangat dimanjakan sampai dah naik lemak. Ibu juga sering mengejek aku dengan menggelar “ustazah” gara – gara aku bertudung manakala dia tidak.

Rambut aku yang ikal pun sering menjadi bahan ejekan ibu dan abang aku. Mereka selalu mengata rambut aku menyerupai h4ntu atau mereka memanggil aku dengan nama – nama artis yang berambut afro. Dipendekkan cerita, masuk ke alam pekerjaan.

Dalam adik beradik, hanya aku seorang sahaja yang mempunyai segulung ijazah. Yang lain? Tiada. Jadi, sudah boleh bayangkan apa masalah yang aku bakal hadapi kan? Semasa permulaan kerja, ibu aku meminta aku membayar RM2000 setiap bulan kepadanya dan bayar segala bil – bil di rumah memandangkan aku memandu kereta abah dan tinggal di rumah keluarga.

Ketika ini, aku bekerja di daerah kelahiran aku manakala keluarga aku tinggal di daerah lain (atas tuntutan kerja abah aku). Ada suatu ketika, aku mengadu pada ibu yang aku penat sangat kerja. Ibu aku baIas, ‘Dah kau yang mau kerja macam tu kan. Pandai – pandailah kau!’ dan menukar topik perbualan.

Apabila mahu membeli kereta, aku sedikit pun tidak diberi peluang untuk memilih. Tiba – tiba suatu hari ibu aku memberitahu dia sudah pun menempah kereta X dan menyuruh aku tanda tangan segala dokumen di bank. Ya, aku pergi ke bank dan signed segala dokumen.

Setelah berpindah ke daerah yang berdekatan dengan mereka dan memiliki kereta sendiri, ibu aku pula meminta RM1000 setiap bulan. Ya, aku beri. Ada sekali dua bila aku tidak dapat bagi, ibu akan memarahi aku tanpa bertanya apa pun masalah aku.

Kemuncaknya, tangan ibu naik ke muka aku dan abah jadi penonton sahaja. Sejak dari situ aku nekad untuk berpindah ke daerah yang jauh daripada mereka. Ketika itu mereka tidak pernah sekalipun menelefon untuk bertanya khabar (hanya akan menghubungi aku bila aku tidak mengirim duit sahaja).

Dan kini, wang KWSP abah aku hampir habis dan aku pula disuruh membuat pinjaman peribadi sebanyak ratus ribu. Semestinya aku menolak. Bagi aku, orang tua patut bijak mengurus kewangan dan tidak sepatutnya membebankan anak – anak dengan pinjaman peribadi.

Buat masa ini, aku block call dan whatsapp daripada ibu bapa aku. Ini kerana aku sudah tidak tahan dengan per4ngai mereka. Sekiranya dilabel anak derh4ka, aku sudah tidak kisah kerana orang luar tidak faham dan tidak rasa apa yang aku rasa. Bukan aku tidak mahu berbakti atau menjaga mereka, tapi tengoklah bagaimana aku dilayan selama ini.. – Helen (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Izzul Islam : Tindakan bijak. Bawa la diri jauh – jauh. Bina kehidupan baru. Cari kebahagiaan sendiri. Tapi tak salah kalau terus bagi duit, cuma amount tu sekadar mampu. Kalau 1k tiap bulan, pengsan juga. Supaya nampak sis masih berbakti pada mereka walaupun dah lari jauh. Kita tak tahu mungkin asbab tu hati mereka kena jentik. Nampak segala peng0rbanan sis selama ni.

Hanie Azmi : Berat ujian awak ni. Elok jugak awak block dulu untuk sementara. Bukan setuju sepenuhnya dengan tindakan awak. Buat masa sekarang itula yang terbaik untuk menjaga hati, perasaan dan mental awak. Kalau dah okey skit awak call dorang semula dan tegaskan apa sebenarnya yang awak mahu.

Dorang tak perlu pun nak p4ksa – p4ksa awak. Awak dah dewasa untuk tentukan haluan hidup sendiri. Bab kewangan keluarga tu, pandai – pandai la adik beradik lelaki dan ayah awak setelkan. Tanggungjawab dorang.. awak terus bagi duit poket je macam biasa.

Ibrahim Mansor : Bijak dik. Sayangi diri. Enjoy life to the fullest. Abaikan sikap t0ksik mereka. Cukuplah kau jadi anak yang sentiasa doakan mereka, bukan yang sentiasa suapkan mereka. Kau bijak sangat, luv from uncle.

BACA: Jabatan perangkaan perkenal PAKW untuk rakyat Malaysia, PAKW itu apa?