Tindakan Zira Ayub, isteri kepada pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad, memuat naik video di Instagram Story
yang menunjukkan dirinya tidak mengenakan tudung telah menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Zira dilihat sedang menikmati minuman sambil tidak bertudung dan hanya memakai topi hitam.
Video itu juga menampakkan rambut Zira yang panjang hingga paras dada dan berwarna keperangan.
Difahamkan, Zira dan Nabil kini berada di luar negara.
Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila anak sulung mereka, Naira Mikayla, sudah mula bertudung.
Menurutnya, keputusan anaknya untuk berhijab dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.
Sebagai imbasan, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal tahun 2021, dan penampilannya ketika itu mendapat pujian ramai.
Untuk makluman, Zira dan Nabil berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan, iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.
BACA: Walaupun disengat seekor tebuan tanah boleh bawa kepada kematian, ini sebabnya