Seorang wanita Britain yang berkahwin dengan bapa saudaranya yang merupakan warga Pakistan
berdepan hukuman rejam hingga mati, menurut laporan portal berita MailOnline kelmarin.
Pasangan tersebut yang mempunyai seorang anak dituduh berzina.
Bekas pengarah syarikat berusia 30-an itu mengahwini saudara kandung ibunya ketika berada di Pakistan.
Wanita itu kini dipercayai telah kembali ke Britain.
Namun, bapa saudaranya telah ditangkap oleh polis dan kini berada di penjara sementara siasatan kes tersebut dijalankan.
Polis Pakistan menyatakan bahawa wanita Britain itu mengahwini bapa saudaranya tanpa sebarang paksaan.
BACA: Tudung isteri Haji Nabil Ahmad ‘terbang’ ketika bercuti di luar negara