Panduan guna perkhidmatan ETS untuk ‘first timer’

Oleh NADIA HARON

Baru-baru ini, saya berkesempatan merasai pengalaman menaiki Keretapi Tanah Melayu Electric Train Service (KTM ETS) dari Batu Gajah, Perak ke KL Sentral.

Jadi, saya ingin berkongsi beberapa panduan dan pengalaman menggunakan ETS yang mungkin berguna untuk pembaca.

Untuk makluman, KTM ETS mempunyai 36 stesen di sepanjang laluannya, termasuk dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang,

14 di Perak, lima di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka, dan dua di Negeri Sembilan.

ETS boleh mencapai kelajuan operasi maksimum 140 km/jam, dengan kapasiti maksimum 350 penumpang

Panduan guna perkhidmatan ETS untuk 'first timer'

bagi setiap tren, yang terdiri daripada enam gerabak berukuran panjang 138 m dan berat 231.8 ton.

Walaupun harga tiket ETS mungkin lebih mahal berbanding bas, ETS menawarkan kelajuan lebih tinggi, menjadikannya lebih berbaloi. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda yang mungkin pertama kali ingin menaiki ETS.

1. Tempah Tiket Awal

Tempah tiket ETS awal untuk mengelakkan kehabisan tiket, terutama semasa musim perayaan. Tiket boleh ditempah di stesen KTM berdekatan atau secara atas talian melalui aplikasi rasmi KTMB, yang membolehkan anda menyemak ketersediaan tiket pada tarikh yang dikehendaki.

2. Tukar Tarikh Perjalanan Tiket

Satu kelebihan ETS adalah kemudahan untuk menukar tarikh perjalanan dengan syarat-syarat tertentu. Sebaiknya, lakukan pertukaran tiket sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh perjalanan asal. Kadangkala, pertukaran tiket juga boleh dilakukan dalam masa 24 jam sebelum masa berlepas jika anda bernasib baik.

3. Gunakan Beg yang Sesuai

Setiap koc ETS menyediakan rak bertingkat untuk beg, tetapi ruangnya agak terhad. Oleh itu, pastikan anda merancang kuantiti dan saiz bagasi dengan bijak.

4. Pakai Pakaian yang Sesuai

Suhu dalam ETS biasanya sejuk, jadi disarankan memakai pakaian yang sedikit tebal untuk keselesaan, terutama jika perjalanan lama. Anda juga boleh membawa selimut nipis untuk mengelakkan terkena angin penghawa dingin secara langsung.

5. Periksa Tiket ETS

Sebelum menaiki ETS, pastikan anda memeriksa nombor kereta api, nombor koc, dan nombor tempat duduk. Contohnya, nombor kereta api EG9035 adalah dari Batu Gajah ke KL Sentral. Anda juga perlu mengimbas kod tiket mengikut masa kereta api anda; kesilapan kereta api boleh menyebabkan anda tidak dapat melepasi imbasan.

Huruf besar pada nombor tempat duduk menunjukkan arah pergerakan kereta api, manakala huruf kecil menunjukkan tempat duduk yang menghadap arah bertentangan.

6. Tiada Koc Tempat Tidur

ETS tidak menyediakan koc tempat tidur kerana perjalanannya lebih singkat. Bagaimanapun, lampu akan terpasang sepanjang masa, jadi jika anda sukar tidur dalam keadaan terang, bawa penutup mata untuk keselesaan.

7. Fasiliti Tandas, Surau, dan Kafetaria dalam ETS

ETS menyediakan tandas yang moden dan bersih. Untuk membukanya, hanya tekan butang buka, dan untuk mengunci pintu, tekan butang tutup. Tandas dilengkapi singki, sabun, tisu, dan mangkuk tandas. Penanda khas juga disediakan untuk menunjukkan jika tandas kosong, jadi anda tidak perlu berdiri menunggu giliran.

Selain tandas, ETS turut menyediakan surau dan kafetaria dengan pelbagai pilihan makanan.

8. Plug Pengecas di Bawah Tempat Duduk

ETS menyediakan plug pengecas di bawah setiap tempat duduk untuk kegunaan penumpang yang ingin mengecas telefon bimbit mereka. Walau bagaimanapun, plug ini agak tersembunyi.

Semoga panduan ini membantu anda membuat persiapan sebelum menaiki ETS. Selamat mencuba!

BACA: Wanita rela hati kahwini bapa saudara sendiri, “Plot twist macam sinetron Indonesia”