Buruk padahnya, ini yang bakal terjadi kepada kakitangan SPRM jika tiada integriti

Oleh GEMILANGDAILY

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa mereka mengambil serius

Dan tidak akan berkompromi terhadap isu integriti serta etika kerja semua pegawai mereka.

Penegasan ini dibuat susulan seorang pegawai SPRM, Azizun Mohamad, yang memegang jawatan Penolong Pesuruhjaya (Gred P48),

telah didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor, hari ini, atas tuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.

Menurut SPRM, Azizun didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan wang sitaan sebanyak RM613,000,

Buruk padahnya, ini yang bakal terjadi kepada kakitangan SPRM jika tiada integriti

yang berkaitan dengan Op Green, iaitu operasi SPRM yang membongkar kes penipuan pendaftaran kenderaan diesel dalam sistem mySikap pada tahun 2019.

“Kesalahan tersebut didakwa berlaku antara 1 Jun 2020 hingga 9 Februari 2024 di Cyberjaya.

“Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun, sebatan, serta denda,” menurut kenyataan SPRM.

SPRM menyatakan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai yang melanggar peraturan dan undang-undang bagi memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada suruhanjaya itu terpelihara.

“Tindakan ini menunjukkan kesungguhan SPRM dalam menegakkan keadilan serta membanteras rasuah dan salah guna kuasa tanpa pilih kasih.

“SPRM bertekad mengekalkan ketelusan dalam setiap tindakan untuk memastikan keadilan dan proses perundangan dijalankan dengan sewajarnya,” jelas kenyataan tersebut.

BACA: Tudung isteri Haji Nabil Ahmad ‘terbang’ ketika bercuti di luar negara