“Saya tak tahu apa-apa..” – Puteri Sarah akui terkejut bila tahu Diana Danielle nak cerai.
Pelakon Puteri Sarah Liyana terkejut apabila mengetahui rakan selebritinya,
Diana Danielle membuat keputusan untuk berpisah dengan suami yang juga aktor, Farid Kamil.
Dedah aktres berusia 38 tahun itu, dia tidak tahu mengenai keputusan Diana Danielle biarpun mereka
ada bekerjasama pada minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) iaitu sehari sebelum pengumuman mengejut itu dibuat.
Akui terkejut, menerusi temu bual bersama Gempak, Puteri Sarah memberitahu Diana hadir pada minggu berkenaan dengan melakukan sesi latihan dan persembahan.
“Saya memang tak tahu apa-apa… kita datang sini, buat latihan dan persembahan sahaja. Saya sendiri pun terkejut,” katanya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata, dia masih belum menghubungi Diana Danielle kerana mahu memberi ruang kepada aktres tersebut.
“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak menganggu dia (Diana). Kalau dia rasa, dia sendiri yang nak hubungi saya dan bercerita, dia akan hubungi saya. “
“Saya akan memberi ruang kepada dia,” katanya lagi.
Untuk pengetahuan, Diana Danielle memuat naik hantaran mengejutkan peminat mengenai keputusannnya mahu memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil, iaitu sehari selepas menjadi artis jemputan kumpulan Gebu pada minggu keenam MLS4.
Pada 4 Nov, Diana selesai memfailkan perceraian dan pendaftaran rujuk terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos 2023.
Sekadar info, Diana dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11 dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
BACA: ‘Saya bangga..Tiada penyesalan..’ Fazura kongsi kisah bercerai sambil tersenyum