Gandingan pelakon Fattah Amin dan Bell Ngasri ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Dalam sesi siaran langsung tersebut, kedua-dua pelakon berbakat ini mempromosikan sebuah jenama produk.
Namun, yang mencuri perhatian adalah gelagat dan telatah spontan mereka.
Ketika bersiaran, beberapa penonton meminta Fattah menyanyi secara live di TikTok. Bell Ngasri bergurau
Dengan menyarankan agar Fattah menyanyi tanpa mikrofon, kononnya untuk mengelakkan kritikan netizen sekiranya nyanyiannya tidak kedengaran merdu.
“Ramai suruh kau nyanyi ni. Nyanyi terus je, jangan pakai mikrofon. Kalau pakai mikrofon, nyanyi teruk tak guna,” kata Bell berseloroh. “Kalau tak pakai mikrofon, kalau tak sedap orang tak marah. InsyaAllah orang akan terima.”
Netizen Tak Setuju Gurauan Bell
@ulfahnaqiyyahHahahhaha halusss je eyh Bell perli🤣🤣 #fattah #fattahamin #fattzura #fyp #bellngasri #rissaskin
Walaupun Bell tidak menyebut nama sesiapa, gurauan tersebut seolah-olah memerli bekas isteri Fattah, Fazura, yang baru-baru ini dikecam kerana nyanyiannya kurang merdu semasa mendendangkan lagu Bertahan Demi Cinta secara live di Indonesia.
Namun, rata-rata netizen memuji sikap Fattah yang tenang dan hanya tersenyum dengan gurauan tersebut. Ada juga yang kurang setuju dengan cara Bell bergurau, mengatakan pelawak itu kurang sensitif terhadap isu yang melibatkan Fattah.
Antara komen netizen termasuk, “Jangan perli, Fazura tu tetap mak kepada anak dia.”
“Fattah sebenarnya dia tak nak aibkan Fazura, masih menjaga. Bagus dia.”
“Nampak Fattah tak nak layan sangat, dia faham sebenarnya tapi saja buat blur.”
Netizen turut memuji sikap matang Fattah dalam mengendalikan situasi itu.
BACA: Menteri Agama membisu diajak berdialog, sekali PMX gesa adakan dialog RUU Mufti