Baru-baru ini, pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA), telah mengadakan siaran langsung bersama Mat Luthfi,
salah seorang YouTuber terawal di Malaysia, melalui TikTok. Siaran langsung mereka telah mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman siaran langsung tersebut, mereka dilihat mempromosikan beberapa produk, memasak, dan berbual mengenai kisah hidup masing-masing.
Salah satu perbualan menarik dalam sesi tersebut adalah mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.
Kedua-duanya memperoleh A dalam setiap subjek yang diambil.
Semasa berbual, KA bertanya kepada Mat Luthfi tentang keputusan SPM dan berapa banyak subjek yang diambil.
Mat Luthfi menjawab bahawa dia mengambil 12 subjek, lebih banyak berbanding KA yang hanya mengambil 9 subjek. KA kelihatan terkejut dan kagum dengan pencapaian tersebut.
Walaupun mengambil jumlah subjek yang berbeza, kedua-duanya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapatkan semua A dalam SPM. Kedua-dua mereka juga merupakan graduan universiti luar negara.
@khairulamingfans_Lain betul KA bila dgn ML 🤣 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #matluthfi #deepavali
Namun, Mat Luthfi dilihat enggan melanjutkan perbincangan mengenai SPM dan lebih fokus kepada hidangan yang sedang disediakan.
Perkongsian siaran langsung itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang mengakui perbualan antara dua individu ini sangat menginspirasi, meskipun mereka berdua bersikap santai. Warganet juga mengakui tidak berhenti ketawa mendengar gelagat Khairul Aming yang kelihatan “letih” melayan kerenah Mat Luthfi yang sentiasa menghiburkan.
Ramai yang berpendapat perbualan mereka lebih menarik kerana mereka tidak membincangkan perkara remeh seperti kejayaan yang datang dengan cara yang tidak baik atau perselisihan, tetapi lebih fokus kepada pencapaian akademik yang positif.
Khairul Aming merupakan graduan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, manakala Mat Luthfi pula merupakan graduan jurusan seni bina dari Universiti Curtin di Perth, Australia.
BACA: ‘Nyanyi live tak pakai mic, teruk pon orang tak marah’ Bell suruh Fattah nyanyi tak pakai mic