“Hadi patut berehat dah tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa” – Nakhaie

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Abdul Hadi Awang sepatutnya berehat daripada dunia politik menurut bekas pemimpin PAS,

Datuk Mohd Nakhaie Ahmad melalui satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata tiada seorang pun dalam kalangan pimpinan PAS yang berani menasihati Ahli Parlimen Marang itu untuk berehat.

“Hj Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia angkat dia ke tahap dewa.

“Sapa pun tak berani nasihat supaya berehat,” katanya.

"Hadi patut berehat dah tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa" - Nakhaie

Punca sebenar mengapa Mohd Nakhaie menasihati Abdul Hadi untuk berehat tidak dapat dipastikan,

termasuk sama ada ia berkaitan dengan isu mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Mohd Nakhaie turut menyentuh mengenai mimpi seorang pemimpin politik yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW meminta beliau mendamaikan antara Sunni dan Syiah.

“Main dengan mimpi boleh satukan Sunni Syiah, ana (saya) takut hasilnya sesat,” katanya.

BACA: Sejam sebelum nikah pengantin lelaki tak muncul, wanita pasrah terpaksa batal nikah