Assalamualaikum admin. Aku rasa terpanggil nak kongsi kisah aku dalam kumpulan ini untuk dijadikan pengajaran bersama.
Sembunyikan akaun Facebook aku ini ya. Aku pernah berkahwin sebelum ini.
Waktu kahwin dulu kami hidup susah sangat. Bekas isteri aku pula mengandung.
Semua keinginan dia aku penuhi walaupun aku bekerja sebagai penghantar barang.
Sebelum anak kami lahir, hidup kami diuji. Aku dapat kerja di seberang (Singapura).
Aku tekad sebab fikirkan masa depan selepas berkahwin, aku kena juga kerja dekat sana walaupun jauh. Susahnya kami sampai terp4ksa tumpang di stor rumah kawan sebab waktu itu memang masa tak cukup untuk aku uruskan semua dengan dugaan yang aku perlu tempuh.
Bayangkan untuk perjalanan pergi balik, dengan duit tak ada nak bayar deposit sewa rumah, dengan dompet aku hilang di kastam. Dalam dompet itu ada 500 SGD, itu adalah gaji bulan pertama, permit kerja, dan bulan itu juga anak aku lahir. Aku bersabar lagi menempuh dugaan.
Anak aku pula terp4ksa ditahan di wad selama sebulan juga sebab kena jangkitan kuman di otak. Waktu ini baru nak menyambut raya. Allah uji aku sungguh – sungguh tetapi aku tak mengeluh dan aku layan semua. Akhirnya, aku dapat sebuah rumah.
Rumah itu baru tetapi pemiliknya tidak duduk. Aku uruskan, balik kerja saja aku tak tidur, aku sambung menghias sikit – sikit bagi nampak macam rumah untuk keselesaan anak bini. Penatnya nak m4ti sebab sehari tidur 2 – 3 jam saja, kemudian masuk kerja balik.
Aku sabar. Anak dan isteri aku ada di rumah mertua nak tinggalkan di sana sementara aku siapkan rumah. Hanya bapa mertua saja tahu apa yang aku buat, dia kata tak kisah. Dia setuju. Dalam masa itu aku hantar isteri aku duduk di kampung.
Tapi setiap minggu aku balik kampung tengok anak isteri sebab aku kena cepat siapkan rumah. Dalam masa 2 bulan aku habiskan 6 ribu. Lepas dapat gaji je, aku terus beli barang – barang untuk keperluan rumah. Lepas rumah dah siap, cukup kelengkapan.
Kiranya nak buat k3jutan untuk isteri aku sebab dah lahirkan anak aku, kiranya dia tinggal cuci kaki saja sebab semua dalam rumah dah lengkap, TV, pembesar suara, peti sejuk, mesin basuh, dapur gas, set bilik tidur. Aku nak balik kampung nak beritahu isteri aku, tapi aku pula yang kena k3jutan balik.
Aku dari Singapura balik kampung hujan – hujan pun naik motosikal saja. Betapa letihnya waktu itu, sampai di kampung saja isteri aku kurang ajar dengan aku. Dia tengking aku. Isteri aku sendiri berani sep4k aku. Aku tak tahu apa punca.
Aku ajak berbincang tetapi adik beradik ipar aku semua desak aku ceraikan dia. Aku nak ambil isteri aku balik tetapi isteri aku sendiri meIawan cakap aku. Sampai keluarga isteri aku semua macam nak berg4duh bertvmbuk dengan aku.
Bapa mertua aku sendiri halau aku. Orang yang aku percayakan dan dia pula cakap pakcik – pakcik dia nak b4ntai aku. Talak belum jatuh tetapi bekas isteri aku dah canang sekampung dia dah kena cerai dan jadi janda.
Hujung – hujung aku nak balik itu aku c4mpak gambar – gambar rumah yang aku hias, pasport aku, permit kerja aku. Semua menganga. Aku sabar dalam sebulan aku diamkan diri, aku nak isteri aku balik dan minta maaf, tetapi dia ingat aku akan melutut padanya.
Dia sibuk nak minta cerai. Dia ugvt aku macam – macam, akhirnya aku pergi mahkamah dan nak cerai cara baik. Di hadapan hakim, dia bantah pula. Dah la masa di mahkamah langsung dia tak pelawa ibu aku tengok cucu sulungnya.
Selamba jalan sambil dukung anak sebab ibu aku dari lahir tak sempat nak tengok cucunya itu. Itu yang buat aku lagi panas hati. Hakim tak setuju sebab kata hakim, tak ada persetujuan. Akhirnya, keluar dewan aku terus jatuhkan talak 3. Sebab ibu dia asyik mengata aku, jadi aku lepaskan saja secara baik.
Betapa h4na aku di mata mereka. Aku dituduh, difitnah, ditambah lagi dengan adik beradik ipar yang campur urusan rumah tangga aku. Alhamdulillah hidup aku mend4dak berubah lepas bercerai dengan dia. Dari kosong aku maju lebih dari dulu.
Aku nak cerita aku ini jadi contoh untuk semua isteri. Hargai suami yang sanggup bersusah payah demi keselesaan untuk anak isteri. Macam aku, perjalanan satu hari ulang alik saja dah dekat 160 km. Nak hadap cuaca, jem lagi? Andai aku m4ti tengah jalan, bagaimana? Rupanya indah apa yang Allah sudah aturkan. Aku terima. Aku redha.
Komen W4rganet :
Zainab Zinnirah Abdullah : Ada bagitau dia dak apa yang awk buat selama 2 bulan.. ada contact – contact dia tak tanya khabar dia.. atau awk senyap ja sampai 2 bulan tanpa khabar berita?
Kalau awk ada contact dia tak patut la dia buat macam tu, tapi kalau awak ghosting dia selama 2 bulan wallahualam la taktau nak cakap.. harap awak bukan yang macam tu la.
Zhu Hkay : Ramai perempuan macam ni zaman la ni ada juga menantu kawan makcik ingat bila dia berpangkat mereka boleh halau dan siksa laki..
lagi satu kahwin coz da berumur dan nak anak je.. bukan semua lelaki tak bertanggungjawab. Lagi satu family pun suka sangat masuk campur urusan rumahtangga anak – anak.
BACA: 6 tabiat buruk pemilik kereta punca bateri kereta cepat habis