Cara mudah nak hidupkan bara untuk buat BBQ, guna 1 bahan ini sahaja!

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Bagi yang suka buat barbeku untuk dinikmati sekeluarga pastinya akan kecewa

jika arang ada sedikit dan kedai pula jauh untuk membeli.

Nak bakar atas dapur gas pula, rasanya tak sama, tak dapat rasa hangit-hangit di bahagian ayam atau daging.

Jangan kecewa, ada cara mudah untuk menggantikan arang tersebut dan bahan itu memang wajib ada di setiap rumah.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Sabarudin Mohd Noor tentang cara buat bara api gerenti menjadi tanpa arang.

Cara mudah nak hidupkan bara untuk buat BBQ, guna 1 bahan ini sahaja!

Cara mudah sediakan bara untuk panggang.
Bahan-bahan:

Bekas telur
Minyak masak terpakai
Arang
Cara-cara:

1. Pertama sekali cari bekas telur dan potong ia mengikut saiz pemanggang, pastikan memang tertutup habis dasar pemanggang.

2. Kemudian, ambil minyak masak terpakai dan tuang secara sekata ke atas bekas telur tadi.

3. Gunakan pemetik api untuk menyalakan bekas telur tersebut.

4. Bila api sudah menyala, maka boleh susun arang ke atas bekas telur itu dan biarkan seketika hingga ia menjadi bara.

5. Dah boleh siap sedia untuk panggang, tak adalah sakit tangan nak kipas.

Selamat mencuba!

Baca juga: ‘Kes berat kes ringan semua disekalikan’ Bekas banduan kongsi pengalaman Penjara Narathiwat