Didakwa terlibat dalam lantikan U Mobile sebagai pengendali 5g, ini jawapan Menteri Komunikasi

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa beliau dan timbalannya tidak terlibat

Dalam proses pelantikan U Mobile sebagai pengendali jaringan 5G kedua.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Hassan Karim

(Pakatan Harapan-Pasir Gudang) mengenai sama ada pemilihan tersebut dipengaruhi oleh faktor pemegang saham syarikat.

“Berhubung isu pegangan saham seperti yang saya sebutkan dalam jawapan tadi,

Didakwa terlibat dalam lantikan U Mobile sebagai pengendali 5g, ini jawapan Menteri Komunikasi

pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) melantik secara bebas.

“Menteri dan timbalan menteri tidak terlibat dalam sebarang proses penilaian,” kata Fahmi.

Pelantikan U Mobile menarik perhatian ramai, terutamanya berikutan senarai pemegang sahamnya.

BACA: Peniaga kedai makan saman Mufti Perlis, ada kaitan dengan kes 2019