Pemandu Bas RapidKL dari syurga, bas sampai lambat pun minta maaf

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang pemandu bas RapidKL baru-baru ini mendapat pujian ramai setelah kisah mengenai sikap profesionalnya tular di media sosial.

Sikap terpuji pemandu tersebut diketahui ramai selepas seorang pengguna Twitter, @farhanajafri,

Belioau berkongsi pengalamannya menaiki bas bersama pemandu berkenaan.

“Pertama kali jumpa pemandu bas yang sangat baik, siap minta maaf kerana terlambat sampai

akibat hujan walhal bukan salah dia pun,” tulis @farhanajafri dalam perkongsian tersebut.

Pemandu Bas RapidKL dari syurga, bas sampai lambat pun minta maaf

Menurutnya lagi, pemandu bas tersebut juga membunyikan hon sebelum tiba di hentian bas dan bertanya kepada penumpang sama ada mereka mahu menaiki bas atau tidak.

“Bukan marah orang yang tak angkat tangan bila nak naik bas,” tambahnya.

Perkongsian tersebut mendapat banyak sokongan daripada warganet lain yang mengakui sikap profesional pemandu bas itu. Difahamkan, pemandu itu adalah salah seorang daripada tiga pemandu terbaik RapidKL.

“Saya pernah naik dengan dia. Baik betul. Dia bawa T815, pusing Universiti Malaya. Selalu bagi salam, beritahu penumpang lokasi berhenti seterusnya dan banyak lagi.

Dia pernah jadi Top 3 pemandu bas RapidKL terbaik daripada 1,300 pemandu di Kuala Lumpur,” kata pengguna Twitter, @airous2002.

Dalam pada itu, akaun Twitter rasmi @myrapidkl juga memberi respon positif terhadap komen yang dikongsi oleh penumpang mereka. “Hi Anna J,

Terima kasih banyak kerana berkongsi dengan kami. Pujian anda akan kami sampaikan kepada Pemandu Bas kami. Terima kasih sekali lagi, dan semoga hari anda menyenangkan!” kata Rose, admin @myrapidkl.

BACA: Peniaga kedai makan saman Mufti Perlis, ada kaitan dengan kes 2019