Kerabat Diraja Pahang, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan
Tujuannya untuk menghadapi pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu.
Tengku Eddie, yang merupakan anak saudara kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dituduh bersama empat individu lain
iaitu Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38.
Menurut laporan NST, salah seorang daripada tertuduh adalah seorang anggota polis, namun identiti individu tersebut tidak dinyatakan.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan, menurut laporan media.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencederakan paha Alias menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek, Kuantan pada 6 Jun.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, didenda, disebat, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang, Shahrizat Ismail, di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.
BACA: 6 angka pelarian Rohingya dijangka masuk Malaysia, apa respon kerajaan?