Pelawa Dewi isi kekosongan kerja, hanya perlu hantar resume, “Caprice minta disondol?”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pempengaruh terkenal, Caprice, telah mengajak Dewi untuk mengisi kekosongan jawatan

selepas mengetahui wanita tersebut membuat pengumuman meletak jawatan di Pizza Wagyu Jofliam,

sementara beliau juga sedang mencari pekerja baharu.

Dalam sebuah video pendek yang dimuat naik oleh Caprice, beliau menyatakan bahawa pada awalnya rakyat Malaysia tidak menunggu pengumuman Dewi untuk meletak jawatan

kerana terdapat isu-isu lebih besar yang perlu diberi perhatian. Namun, setelah Dewi membuat pengumuman tersebut,

Pelawa Dewi isi kekosongan kerja, hanya perlu hantar resume, "Caprice minta disondol?"

Caprice memaklumkan bahawa kafe miliknya kini sedang mencari pekerja baru untuk mengisi beberapa jawatan penting bagi menggerakkan pengurusan.

Oleh kerana Dewi telah memaklumkan tentang perletakan jawatannya di tempat kerja sebelumnya, Caprice mengambil kesempatan untuk mengajak Dewi memohon jawatan yang ditawarkan.

Menurut Caprice yang juga dikenali sebagai Ariz bin Ramli, jika Dewi atau sesiapa yang berminat untuk bekerja dengannya, mereka hanya perlu menghantar resume. Caprice juga menegaskan bahawa ini adalah tawaran terbuka untuk Dewi.

“Alang-alang hang dah letak jawatan dari jual pizza tu, cuma nak beritahu yang sebenarnya kita dekat Top G Publika tengah cari pekerja baru sebagai frontdesk, floor manager atau di dapur.

“Jika anda berminat bekerja bersama kami, awak hanya perlu hantar resume. Kita pun pakar jual pizza, jual burger juga. Ini merupakan tawaran terbuka, insyaAllah,” katanya sambil memandang sekeliling seolah-olah berjaga-jaga.

Tindakan Caprice yang berani menawarkan pekerjaan kepada Dewi, yang dikaitkan dengan usahawan Jofliam dan rumah tangganya yang pernah terlibat dalam kontroversi bersama Cik Epal, telah mencetuskan reaksi daripada netizen.

Mereka menasihati Caprice agar berhati-hati, terutamanya jika isterinya, Farra Inalis, mengetahui tawaran kerja tersebut.

Nama Farra Inalis turut disebut-sebut dalam ruangan komen video Caprice, dengan netizen “menyeru” agar Farra mengetahui tindakan suaminya.

Ada yang mempersoalkan keberanian Caprice dalam memberi tawaran pekerjaan itu.

Sebelum ini, Dewi mengumumkan di Instagram bahawa dia tidak lagi bekerja dengan Jofliam berikutan beberapa kontroversi yang berlaku.

Dewi menyatakan bahawa dia kini ingin memberi fokus kepada perniagaan sendiri dan mengucapkan terima kasih kepada majikan lamanya kerana memberi peluang bekerja bersama mereka.:

BACA: 6 angka pelarian Rohingya dijangka masuk Malaysia, apa respon kerajaan?