“Beg berisi wang RM1 juta itu terjatuh di tengah jalan sebelum ditemui oleh seorang pemandu kereta yang melalui kawasan tersebut.
Kes kehilangan beg berisi wang tunai sebanyak RM1 juta pada hari Rabu berjaya diselesaikan
selepas ia ditemui semula dan diserahkan kepada pihak polis pada hari yang sama.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, mengesahkan hal tersebut selepas beg berkenaan dijumpai
Di Jalan Hulu Kelang menghala ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke pusat bandar, tidak lama selepas kejadian berlaku.
Menurut Sasikala, beg berisi wang itu dipercayai terjatuh ke atas jalan ketika van milik sebuah syarikat keselamatan yang sedang melakukan kutipan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang, melalui satu selekoh.
“Beg berkenaan sudah diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk mengambil keterangan individu yang menjumpai beg tersebut serta petugas van keselamatan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pada hari Khamis.
Tambah Sasikala, siasatan polis masih berada di peringkat awal dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
“Kami akan memaklumkan perkembangan selanjutnya selepas siasatan selesai,” ujarnya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, berdasarkan maklumat yang tersebar, kejadian hanya disedari selepas pemandu van keselamatan berkenaan mendapati pintu van terbuka.
Selepas pemeriksaan dilakukan, didapati satu beg berisi wang tunai telah hilang dan dipercayai terjatuh.
BACA: Pelawa Dewi isi kekosongan kerja, hanya perlu hantar resume, “Caprice minta disondol?”