Shamsul Ghau Ghau pesan artis veteran kalau cepat koyak komen

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pelakon Shamsul Ghau Ghau tidak kisah mengakui dia kini berusaha memanfaatkan media sosial untuk kekal relevan dalam industri seni.

Baginya ia adalah cara untuk lebih mudah mendekati peminat sesuai dengan peredaran zaman.

Bagaimanapun Shamsul berkata, artis veteran yang mahu kekal aktif di media sosial

Mereka perlu lebih cekal kerana perlu berhadapan dengan kecaman netizen.

Shamsul berkata, platform sosial media boleh menjadi sangat berguna

Shamsul Ghau Ghau pesan artis veteran kalau cepat koyak komen

namun tetap menakutkan kerana apa yang diperkatakan netizen boleh menjejaskan kesihatan mental.

“Kalau nak masuk dalam era sekrang, kena tahan. Kalau teringin nak dikecam silalah komen isu terkini seperti cerai-berai tapi kalau cepat koyak, jangan cuba.

“Mujur saya jenis tak cepat terganggu tapi kalau orang jenis cepat terasa hati akan cepat terasa,” katanya menurut mStar.

Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, berkata jika artis veteran tidak cuba menggunakan sosial media, pasti akan ketinggalan.

Baca juga: Ini punca Kamala Harris ‘tak cukup jumloh’ menurut penganalisis